Pada 14 September 2025, sebelum Dania masuk kerja kami semua ke sini. Tamam Tea & Coffee. Lama juga tak breakfast kat sini.
Masa ni kami dah dapat tempat dah kat dalam. Kalau lambat sikit kena duduk kat kerusi luar ni sebelum dipanggil ke meja.
Suasana kat dalam ni memang meriah dengan family.
Akhirnya makanan pun sampai. Nasi lemak hubby. Saya dan Dania ambik keropok tu jugak.
Roti sarang burung saya dan Dania. Roti sarang burung ni...tengah-tengah ni semata-mata telur ya jadi memang tengah tu tak ada roti canai.
Konon kreatif la kan...letak sambal kat sarang burung ni. Udah nampak cantik manis pakai lipstick merah. Hehe
Kami bertiga....lawa dinding tepi tu warna hijau dengan corak islamic.
Anakanda kena makan kenyang-kenyang. Nak bekerja pulak lepas ni.
Kat luar nampak ada junior SMK Jalan Empat la. Nampak baju tulis JESS kat Bandar Baru Bangi ni dah tahu la sekolah mana.
Tiba time nak bayar, Dania volunteer nak bayar. Chewahhh orang dapat gaji pertama kat Parkson la. Ni gaji Ogos ni baru dapat ya. Kalau gaji September, dah masuk Uni nanti baru dapat. Lambat sikit dapatnya. Terima kasih Dania belanja ummi dan ayah. Moga murah rezeki dan dipermudah semuanya dan Allah kurniakan apa-apa yang Dania berhajat nanti. Semua yang baik-baik untuk anak ummi dan ayah ya....
Ummi dan ayah hantar la Dania masuk kerja jam 10.30 pagi. Alhamdulilah tiba awal beberapa minit sebelum 10.30 pagi. Kerja elok-elok ya anak ummi dan ayah....
Rasa bahagia pulak bila anak belanja. Alhamdulilah.
***Selamat Hari Malaysia semua....pergi mana tu?
XOXO,
Ezna











syok tu ank belanja breakfast gaji pertama
BalasPadamSemoga murah rezeki Dania belanja parents dgn gaji pertama 😍
BalasPadamWahhh bestnya Dania belanja sarapan. Tak ke mana la hari ni mereput je di rumah.
BalasPadamAlhamdulillah..Semoga mencurah2 lg rezeki Dania..Amin
BalasPadamSyukur alhamdulillah..rezeki jangan ditolak..
BalasPadamMoga dipermudah urusan mencari rezeki
BalasPadamAlhamdulillah murah rezeki Dania dan sentiasa diberkati, Aamiin
BalasPadamTempatnya menarik, dan bagian dalamnya pun terlihat nyaman kak, mungkin Krn warna hijau. Jadi sejuk mata.
BalasPadamNasi lemaknya yg saya teringin 😄😄😄. Kalo yg sarang burung, sebab kuning telur cair, jadi tak tergoda hahahahaaa
Alhamdulillah, Dania dah bisa mentraktir orangtua... Semoga dimudahkan juga rezeki Dania selalu yaaa
BalasPadamalhamdulillah..berkat gaji belanja mak & ayah
BalasPadamSemoga sentiasa berkat rezeki yang diterima.
BalasPadamSemoga dania murah rezeki selalu. Nanti dah habis belajar, dah kerja hebat2 boleh belanja umi dan ayah lagi 😁
BalasPadamComel pulak telur tu pakai lipstick 🤭
alhamdulillah, moga dania sentiasa dimurahkan rezeki asbab belanja parents tu..aamiin
BalasPadam