Isnin, September 1

Pemenang E-Poster Merdeka

Alkisahnya Dania masuk Pertandingan E-Poster Merdeka yang dianjurkan oleh Bahagian Perumahan dan Penempatan, UPM. Dah hantar la e-poster melalui google form. 

Credit : BPP UPM Instagram

Pagi Hari Merdeka 31 Ogos 2025, Dania dapat whatsapp dari Pegawai BPP ni minta tambah bangunan ikonik di belakang ni yang sederet dengan bangunan KLCC & Tugu Negara ni. Hari Merdeka ni Dania kerja jam 10.30 pagi jadi nak keluar rumah awal sikit sebab nak breakfast dulu. Lewat sikit keluarnya masa ni dalam 9.15 pagi disebabkan nak adjust poster ni kat Canva. Idak dalam 8 lebih dah keluar rumah. 

Inilah kejadiannya. Dania tambah bangunan Merdeka 118 dengan jam bangunan Sultan Abdul Samad. Nasib baik ada dalam Canva. Saya rasa sebab tema merdeka untuk Malaysia kot. Canva ni rasanya bukan dari Malaysia. 


E-poster yang dihantar sebelum ini tanpa bangunan Merdeka 118 dan jam bangunan Sultan Abdul Samad tu sebenarnya ada gambar bunga raya mewakili bunga kebangsaan kita. Temanya perpaduan kunci kemerdekaan jadi kena letak la bangsa dan kaum kat Malaysia ni. 


Hasilnya dalam post IG BPP (Bahagian Perumahan dan Penempatan, UPM). 

Credit : BPP UPM Instagram

Jadi, hadiahnya berupa wang tunai RM150, penginapan satu malam di bilik studio BPP UPM, E-sijil dan merit Universiti. Boleh la jadi nilai tambah dalam resume Dania nanti. 

Actually ada beberapa pertandingan dalam UPM dan luar yang Dania join tapi belum diumumkan keputusannya. Kalau poster online ni Dania ada join lagi 2 pertandingan di bawah UPM (termasuk yang BPP ni 3 la). Join mana2 yang dirasakan tak renyah. Kalau rekaan poster melalui Canva ni saya rasa menarik juga kalau join sebab boleh menonjolkan sisi kreativiti kita. Kalau nak suruh Dania join sukan memang tak la kan.....jadi join mana-mana yang boleh je la. Saya memang menggalakkan sebab boleh la isi masa cuti semester ni selain bekerja masuk pula pertandingan online. Kalah menang tu adat bertanding tapi yang penting kita cuba dulu.




XOXO,
Ezna



 

10 ulasan:

  1. Cantiknya hasil kerja Dania! Impressive sangat. She got talent la Ezna. Tahniah tahniah Dania 👍🏻👍🏻👍🏻
    Alhamdulillah hadiah pun lumayan tu syukur

    BalasPadam
  2. Wahhh cantiknya. Cie suka guna canva senang macam2 boleh buat dalam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Canva ni best juga. Nak buat header blog la dan macam2 boleh buat.

      Padam
  3. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68

    BalasPadam
  4. tahniah dania..cantik poster merdeka tu

    BalasPadam
  5. Canva ini memang paling bagus utk membuat poster, apalagi kalo subscribe yg pro. Teman saya banyak yg master Canva soalnya. Dan memang bagus2 sangaaat hasil yg sudah mereka buat. Krn semua templat ada. Tinggal kita kreasikan sendiri. 👍. Dulu saya sempat subscribe yg pro version. Tp Krn saya jarang pakai, dipikir2 rugi juga. Akhirnya unsubscribe.

    Beda cerita kalo memang hari2 pakai Canva utk buat creation

    BalasPadam
  6. tahniah Dania...linda bab2 poster nie..tak pandai sangat

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Tak plan tapi eh eh singgah buat.....

Alkisahnya, pasport saya dah expired tahun 2023 lagi. Last travel ke Switzerland tahun 2022. Nak jadi cerita....depan bangunan Alamanda ni B...