Rabu, September 3

Nostalgia Butter Cake & Makan-makan

Lepas dah terjah Sofiah, kita terjah rumah ummi dia pulak iaitu adik saya Ema. Nak pick up apa tu?.     Hubby adik saya Eja ada dropkan Butter Cake ni kat rumah Ema so saya pick up je kat rumah Ema ni. Thank you Eja....


Apa yang menyebabkan butter cake ni so special? Rasa dia saling tak tumpah macam cupcake yang arwah nenek saya buat setiap kali raya. Sama rasanya....butter SCS ni memang dah lama dan mungkin jugak nenek saya buat guna butter ni. Rindunya cupcake nenek. Setakat rindu je la sebab nenek pun dah tak ada kat dunia ni lagi 😭. Nenek buat tak ada letak cream ke apa. Yang togel camtu yang kami adik beradik makan. Kalau rindu cupcake nenek, boleh la beli Butter Cake ni. 


Lepas tu, singgah Mat Ayam Kampung ni. Kalau perasan sebelah Mat Ayam Kampung ni Taco Bell. 


Ni lauk hubby dan saya ada siput sedut, ayam kampung goreng, ulam-ulaman, sambal belacan, ikan keli. 


Dania pulak makan ni Chicken Quesadillas. 


Nachos Chips. 


Alhamdulilah kenyang. Dania makan yang ni pun kenyang sebab ada ayam + cheese dan ada wrap dia jugak. 




XOXO,
Ezna
 

12 ulasan:

  1. Sayangnya ilmu nenek tak diturunkan kepada cucu2nya

    BalasPadam
  2. Wangi butter cake tu buat dia sedap..

    BalasPadam
  3. Aduhai..Mmg jumpa sokmo butter cake ni time raya dulu2...Suka mkn sambil cicah dgn air sirap / kopi o panas =D

    BalasPadam
  4. sedap tu butter cake...mat ayam kampung tu pernah mkn dlu yg dkt cyberjaya..ownernya kwn pd adik kita tp dgrnya yg cyberjaya dh bertukar milik

    BalasPadam
  5. sedapnya butter cake. makan dengan kopi o pahit perghhh nikmat sungguh kalau makan petang hari

    BalasPadam
  6. SA pun suka butter cake macam ni...dapnyaaaa....nak buat sendiri x pandai

    BalasPadam
  7. i suka butter cake! biasanya beli ajer cuma kdg2 tak kena dgn tekak

    BalasPadam
  8. Aiiiih penasaran rasa butter cake nya. Memang ini kue klasik yg saga sukaaa juga. 😍😍. Dah susah cari yg jual kue ini kak

    BalasPadam
  9. Prime kek tu kalau guna pure butter SCS.

    BalasPadam
  10. Saya dah lah peminat butter cake...sedapnya Kak Eznaaa....boleh bayang macamana sedapnya butter cake by nenek Kak Ezna...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pilihan program untuk rayuan UPU STPM dan setaraf

Bila tengok kat Instagram ada war war pasal senarai program yang mempunyai baki kekosongan tinggi buat pelajar yang fasa rayuan. Ni bukan un...