Ni sehari lepas ke Experiment Kitchen buat kali yang pertama. Kali ni Dania ada sekali. Kan hubby kata nak bawa Dania datang sini.....datang dalam 6 lebih petang ni masih ada tempat duduk lagi la.
Oh ya ni pada hari Malaysia ni 16 September 2025. Dania sepatutnya cuti Isnin tapi kena kerja pulak. Lepas tu agaknya budak Fulltime tu dah salah percaturan suruh cuti hari Malaysia....tanya Dania (yang sepatutnya cuti) nak kerja ke hari ni?. Of course Dania kata tak sebab dah set kat minda nak cuti. Tapi ok je budak fulltime tu. Boleh terima je.
Pergi awal tak kalut la sangat.
Tengok la senarai dessert / snack dan minuman. Terlupa nak ambik gambar masakan yanng lain. Ada menu lagi satu.
Kena beratur belah kanan ni untuk order dan bayar terus ya.
Ada kawasan untuk parking juga tapi kalau kapasiti pengunjung ramai memang tak cukup la parkingnya. Jalan nak mendaki ni takde la besar sangat. Ngam ngam je 2 kereta.
Kalau nak duduk kat sini. Saya rasa nak makan yang ringan ok la. Kalau nak makan makanan yang berat payah juga kalau duduk sini. Macam ala ala bersantai kat tempat perkhemahan pulak ya.
Ada juga kawasan berbumbung. Kami duduk betul-betul sebelah tempat membayar.
Dapat nombor. Kalau minuman dia akan bagi alat yang bergegar tu. Jadi bila vibrate kena la kita gi ambik minuman kita. Makanan je mereka hantar.
Ramai yang makan kat sini family la.
Saya dan hubby air kosong. Dania pilih air matcha strawberry.
Ada strawberry warna merah tu dalam matcha ni. Saya tak dapat nak rasa sedap ke tak sebab tengah batuk.
Ni selfie dari kamera saya ni.
Hubby pilih kuetiau goreng tapi penuh juga dengan keropok, daun salad, telur dan timun.
Saya pulak pilih chilli butter clam dan mantao bun. Isi clam dia alahai keciknya.
Mac & Cheese ni Dania yang pilih.
Sedap juga masakan yang kami makan tu. Dania punya Mac & Cheese kena tapau sebab banyak portion dia. Chilli Butter Clam tu pulak share dengan semua jadi habis la dia. Kalau nak tapau kena bayar RM1 ya kat kaunter. Dia akan bagi bekas untuk kita tapau. Kita kena tapaukan sendiri.
Moh le kita balik ya sebab dah maghrib dah ni. Ada juga surau disediakan di sini tapi kami balik je sebab dekat je rumah kami dalam 2.8km ajer. Sempat je solat kat rumah. Hubby pun nak singgah solat kat surau.
Memang boleh repeat lagi la kat sini. Banyak juga menunya yang kita boleh 'experiment' rasanya.
Experiment Kitchen
Lot 3351, Desa Villa Merab,
Kg. Sg Merab Luar,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Buka setiap hari kecuali Selasa
Buka jam 6 petang
XOXO,
Ezna
Bagus hidangan keu tiau tu disertakan dgn salad segala. Nampak lebih menarik dan yummy
BalasPadam