Selasa, September 30

List bekal ke tempat kerja

Ini adalah beberapa bekal yang saya sediakan untuk Dania bawa ke tempat kerja. Mungkin boleh dijadikan idea untuk bekal kan. 

1. Nasi lemak ayam goreng
Letak ayam goreng selain sambal nasi lemak, telur rebus dan daun salad. Dania tak makan timun jadi daun salad jadi ganti. Masa ni buat nasi lemak biasa bukan nasi lemak pandan sebab kalau nasi lemak pandan tu ambik masa sikit nak prepare air pandan tu. 


2. Nasi lemak pandan dengan sambal sotong
Masa ni rajin sikit jadi buat nasi lemak pandan. Kalau ada sotong kembang ni saya buat sambal sotong. Sedap la sotong kembang ni. Ada juga telur rebus dan ikan bilis goreng. 


3. Macaroni & Cheese
Ni Macaroni & Cheese yang Dania tak habis masa makan kat Experiment Kitchen tu jadi tapau untuk ke tempat kerja. 


4. Nasi Goreng
Kalau nak mudah bawa nasi goreng. Ni nasi goreng ayam dengan cili kering. Ada juga telur dan sayur pak choy saya letak sekali. Nak pedas gigit cili kering tu tapi tak pedas sangat la cili kering tu. 


5. Wrap telur dan wrap ayam
Saya potong kecik-kecik supaya senang makan. Ada daun salad, cheese, buah tomato dan sos cili selain telur dan ayam. Wrap telur dan wrap ayam disekalikan dalam mangkuk tingkat ni. 


6. Makaroni goreng
Makaroni goreng ni ada ayam, telur, buah tomato. Atasnya taburan daun bawang dan daun sup. 


7. Bendi goreng belacan dan ayam masak daun kari beserta nasi. 
Kuah ayam masak daun kari ni saya tak letak banyak takut menjejeh keluar pulak nanti. 


8. Macaroni & Cheese
Letak ayam dan brokoli. Dania suka Mac & Cheese ni jadi repeat banyak kali pun takde hal. Jadi creamy macam ni sebab letak sekali susu. 


9. Nasi Ayam
Ni lagi satu Dania punya favourite. Sup nasi ayam tu takdelah letak banyak-banyak. Sedang-sedang ajer. Dania suka sangat menu ni. Ada bawa bekal juga. 


10. Wrap nugget ikan
Letak nugget ikan, cheese, daun salad, bayam dan sos cili. 


11. Nasi dengan kari sotong
Kuah kari tak letak banyak-banyak takut menjejeh nanti. Letak sederhana je. Saya letak juga buah tomato. 
 

12. Nasi dengan lauk sardin dan sayur kobis & sandwich sardin 
Sandwich diletak marjerin kemudian sardin dan ada juga daun salad dan buah tomato. Disebabkan Dania kerja 12 tengahari - 10 malam jadi lebih sikit la bekalnya. Ada rehat 2 kali. Kalau lapar boleh la beli untuk top up. Kuah dari lauk sardin pun tak letak banyak sangat. 


13. Spaghetti Bolognaise
Saya letak capsicum hijau, cendawan, ayam dan lobak merah. Sos pasta beli yang siap je. Spaghetti pula saya pilih Angel Hair. 


14. Macaroni & Cheese & Roti Pizza Macaroni
Macaroni & Cheese saya letak udang, capsicum hijau dan cendawan. Atasnya ada bayam. Roti pizza pula saya sapu dengan sos pasta kemudian letak macaroni dan taburkan cheese atas tu dan last capsicum. Saya letak atas non stick pan nak bagi cheese tu cair. Tak masuk dalam gambar.....roti pizza tu letak sos cili atas dia dan macaroni & cheese tu letak sos tomato atas dia. Dania suka makan macaroni & cheese dengan sos tomato. 

Macaroni & Cheese ni memang Dania suka jadi ulang-ulang buatnya tak jemu Dania ya. Maybe isi dia yang tukar2, kejap ayam kejap udang pulak. 


Ni lah mangkuk tingkat yang Dania bawak ke tempat kerja. Ni 2 tingkat, ada warna hijau pula 3 tingkat. Senang nak bawa. Selalu bawa yang mangkuk 2 tingkat je. 


Rasa puas hati sangat bila dapat sediakan bekal untuk Dania ni. Bukan apa....dengan air tangan ibu ni...akan membuatkan hati anak tu dekat dengan ibunya....lembut hati untuk mendengar kata, mengeratkan kasih sayang....Insya Allah. Sama juga la kalau masak untuk suami juga. Keberkatan dari air tangan seorang isteri....

Saya masak yang mudah ajer bukan yang complicated pun. 




XOXO,
Ezna


8 ulasan:

  1. semuanya istimewa dan penuh keberkatan sbb dimasak dgn penuh kasih sayang :)

    BalasPadam
  2. setuju sgt..bila anak2 bawa bekal lagi rasa puas hati kan...makan masakan kita, penuh kasih sayang gitu...alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah MA. Puas hati sebenarnya masak sendiri.

      Padam
  3. Kyra pun penggemar mac & cheese tegar. makan hari2 pun dia sanggup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...mereka memang suka cheese & pasta kan....kita ikut je....

      Padam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Hari nak redeem MYSara....

Selepas redeem MYSara kat AEON Big, saya letak semua barang-barang dan menuju ke tempat Dania. Sebelum balik, jenguk kejap la.  Nampak Dania...