Dania ada la share dengan saya gambar makan dengan kawan-kawan. Masa ni makan kat Richeese. Dania, Iman dan Faris makan sekali masa break Parkson. Faris ni muda setahun dari Dania dan Iman.
Ni Dania dan Iman makan kat kantin pekerja je. Berdekatan dengan tempat mereka thumb print. Masa ni masing-masing bawa bekal. Ni Iman ada ajak Dania makan masa masing2 cuti kerja. Ok Aunty ok je Iman....cakap je bila 😊
Iman dan Dania makan lagi kat kantin jadi kali ni order Teh Ais pula masing-masing. Dania kata kalau petang-petang kadang-kadang Achik kantin goreng keropok lekor dan goreng pisang. Orang biasa tak boleh masuk ni cuma pekerja Parkson je la. Bawa bekal memang jimat la sangat kan.
Ini pula kawan Dania dari sekolah rendah yang sama2 kerja F.O.S. dengan Dania selepas SPM. Amylia Natasha namanya. Kebetulan ibu dia whatsapp saya Amy kerja part time 1 hari kat Watsons Alamanda. Memang ya lah saya cari. Hehe. Masa ni saya nak ke farmasi Watsons sebab nak beli ubat selsema dan sakit tekak kat farmasi dalam ni. Dania masa ni belum habis kerja lagi. Tengah tunggu Dania la ni. Tapi bila pergi dengan Dania kat sini....Amy tengah rehat pulak. Tak dapat la jumpa. Kebetulan Dania memang ada benda nak beli kat Watsons ni.
Itulah kisahnya kat Alamanda ni. Kalau ada lelaki kena ada kawan perempuan jugak. Tak boleh makan berdua je dengan kawan lelaki ya. Tak elok kan...Kalau lelaki tu ummi kenal sekalipun tak boleh ya Dania....kena ada kawan perempuan juga sekali.
XOXO,
Ezna




Betul tu.. kena jaga ikhtilat.
BalasPadamYa zaman sekarang kan....
PadamCabaran kita nak jaga anak perempuan..Sometimes sy rasa takut..tp kena kuat =D
BalasPadamYa memang cabaran sangat zaman sekarang ni.
Padamnampak happy jer dania keje kat parkson tu :) kwn2 pun semuanya baik2 alhamdulillah
BalasPadamAh ah so far ok dan tenang je kerja kat sini Suzz. Bersyukur....
PadamGhisau anak dara ada 2 orang ni. Semoga yang baik2 je untuk anak2 kita semua.
BalasPadamAamiin....memang zaman sekarang ni mencabar.
Padamsemoga anak-anak kita pandai menjaga batas pergaulan
BalasPadamAamiin Ammi.....itu yang kita harapkan.
PadamOh Kantin staff di sana tak bisa masuk pengunjung biasa yaaa. Dulu saat saya kerja di HSBC , gedungnya connect dengan Pondok Indah Mall. Kami sering makan di kantin staff mall sebab lebih murah drpd foodcourt PIM . Untungnya boleh utk visitors biasa. JD memang ramai sangat kantin staff nya 😄
BalasPadam