Jumaat, September 12

Kawan lama di Food Court Alamanda

Bila kawan kata nak duduk kat hotel sebelah Alamanda, haruslah kita jumpa ya. Dah lama tak jumpa Emi ni. Tak ingat bila last jumpa. Pernah masa Emi belajar kat UK dulu Emi call saya dari sana. Suzi pulak message kat Yahoo tak silap saya. 

Kami janji makan kat food court Alamanda ajer. Dari jam 8 lebih pot pet sampai dekat nak 10 malam. Eh macam-macam la bila berborak. Emi ni masih dalam group whatsapp Sekolah Agama dan UITM Dungun. Saya pula keduanya dah left group. Saya malas join banyak2 group sebab whatsapp ni mengganggu juga kadang2 sebab bunyi dia pling pling tak pun berderet whatsapp tak dibaca. Kalau group sikit orang ok, ni kalau puluh2 orang dalam tu.....Pengsannnnn.....kalau telegram dia tak mengganggu. 

Kawan saya dari Form 1 - 3, kemudian Diploma sama kat UITM Dungun, kemudian Degree yang sama kat UITM Shah Alam. Saya dan Emi ni la grad berdua dengan senior sebab batch kami tak lepas paper lagi dan kami berdua je perempuan. Lepas grad, Emi dapat tawaran tenaga pengajar muda UITM (Lecturer Scheme) dan ambil Masters atas tajaan UITM ke Uni of Plymouth, England ambil MSc International Logistics. Sekarang ni dah bergelar Dr dah la. Mengajar Transport untuk student Transport kat UITM Puncak Alam. Dulu time belajar ada satu lecturer ni garang, bila dia nak tanya je student, saya dan Emi tunduk je. Hahaha....masing-masing gabra....sekarang ni dah jadi lecturer dah Emi ni. Saya pula lecturer kat rumah. Kadang lecture hubby...kadang Dania. 😆


Cerita yang selalu cerita bila jumpa ni mak mak biasalah kan...cerita anak. Hehe. Kemudian barulah cerita kawan-kawan yang lama tak jumpa. 


Sebelum balik, Emi sempat bagi Gift dari Terengganu, jubah batik dan keropok keping ikan. Gift dari Sabah pula Emi bagi brooch untuk saya dan Dania. Emi dapat juga gift dari BBW. 

Lepas tu saya offer la nak dropkan Emi depan hotel. Kebetulan jam 10 malam. Alang-alang saya kena tunggu Dania dekat Parkson Staff Entrance kat belakang berdekatan dengan Hotel The Everly tu. Stop sekejap depan main entrance tu lepas tu sambung borak. Security Guard biasalah 2-3 kali panas la tengok kita berhenti kat main entrance tapi tak turun-turun kan?. Bila dah lama tak jumpa ginilah....ada je nak cerita. Lepas tu bila dah nak OTW ke Dania, Dania call tanya ummi kat mana?. 😆. Masa tu dekat nak tiba dah cumanya saya kena u-turn kat depan tu je. 




XOXO,
Ezna





7 ulasan:

  1. Hehe cute jer ezz u gigih bg lecture kat rumah yer..dania dan ur hubby kena dgr lecture tu🤭🤭🤣🤣

    BalasPadam
  2. bila lama tk jmpa kwn lama..mcm2 cite tu nk borak kn

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, dapat juga bertemu kawna lama...
    bab jadi lecturer kat rumah tu, memang semua mak2 dapat jawatan tu.

    BalasPadam
  4. Haha, bab lecture suami & anak2 tu mmg kita pakar kan sis Ezna 🤣 seronok kan bila dapat lepak dengan kawan lama. Macam2 topik keluar sbb dah lama tak jumpa 🤭

    BalasPadam
  5. Lecture tu sy yg bekerja ni pun selalu buat dkt kids =D

    BalasPadam
  6. kiranya saya ni lecturer juga la kan kak? daktiga je la mangsanya. ahahaha comellah!
    ghisau Dania, umminya tak nampak bayang lagi, mesti kakEzna ambil masa nak move-on kan lepas jumpa kawan dulu2.

    BalasPadam
  7. biasa laa bila dah lama tak jumpa memang akan berborak panjang... org perempuan kan... tp tu laa yg seronoknya kan... dr 1 topik ke 1 topik lain... tak jumpa noktah hehehe

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Pilihan program untuk rayuan UPU STPM dan setaraf

Bila tengok kat Instagram ada war war pasal senarai program yang mempunyai baki kekosongan tinggi buat pelajar yang fasa rayuan. Ni bukan un...