Rabu, September 17

Dania jadi caterer kat majlis perkahwinan?

Ni citer pada 14 September baru-baru ni. Lepas je Dania balik, pick up Dania kemudian terus ke tempat kenduri. Kenduri ni merupakan kenduri anak saudara kepada ketua kampung. Majlis diadakan di dewan MZ. 


Memang sedang elok la balik kerja mestilah lapar kan. Tak balik rumah dulu la tukar baju bagai. Nanti nak keluar balik lambat. Jadi...ya pakai je baju kerja tu. Tapi....Dania dah cakap dengan ummi nanti orang salah sangka Dania caterer situ. Ok....kita tengok nanti 😅


Ni dalam pinggan saya makan goreng pisang dengan sambal kicap. Sedap uiii....


Tangan dok pegang goreng pisang....


1 family. 


Tempat ni luas juga. 


Ada nasi lemak juga. Hubby ambik nasi lemak. 


Karipap dan donat. 


Ini ketua kampung ya. Ada bubur pulut hitam jugak. 


Goreng pisang yang sedap. 


Round No. 2. Hehe. Rangup dan manis pisang ni. Cicah sambal kicap ni ngam sangat. 


Tudia....caterer majlis perkahwinan sedang ambil ice cream untuk ummi dan Dania. Mula2 Dania kata rasa macam cotton candy. Bila makan yang purple ni ala rasa yam la pulak. 


Pelaminnya. 


Ni nak balik dah ni terjumpa dengan kawan sekolah agama saya. Firdawaty dan anak-anak. 



Bila Dania makan kat meja memang ada caterer yang memandang la. Hehe. Kot terfikir kenapa pula dia duduk makan padehal waktu bekerja. Hello dia ni bukan caterer. Baru balik kerja Parkson. Warna pakaian yang kebetulan sama daaa....😆. Saya ada suruh Dania berdiri je kat tempat makan tu. Mesti orang akan tanya suruh refill ke apa. Hehe. 


Cermin ni selalunya ada pada majlis perkahwinan sekarang ni. Boleh bawa balik rasanya. 
Faris & Farisha


Goodie bag yang kami dapat merupakan shopping tote bag. Memang berguna sangat ni. 


Lepas tu balik la.

Selamat Pengantin Baru buat Faris & Farisha. 

Jadi, Dania kerja caterer pulak ke?. Tak lah....kami menghadiri majlis ni je. Kebetulan baju Dania sama dengan caterer. Saje ummi usik2 daaa....😅




XOXO,
Ezna
 

6 ulasan:

  1. Sweet betul Dania ni. Wah ada nasi lemak.

    BalasPadam
  2. Aduhai..Kebetulan plk sama uniformnya ye...=D..bestnya dpt totebag =)

    BalasPadam
  3. Haha, mesti Dania rasa serba-salah duduk di meja tetamu sambil staff catering pandang2 kat dia 😅 tapi best la hidangan catering kali ni, lain dari yang lain. Selalunya nasi minyak / nasi tomato & lauk kenduri, ni nasi lemak, pisang goreng, karipap dan donut 😃

    BalasPadam
  4. pakaian dania dh sama mcm caterer hehe...sedap tu pisang goreng cicah sambal kicap

    BalasPadam
  5. meriah..mcm2 menu ada.. bagus tul...dewan nya pun luas nampak

    BalasPadam
  6. Kalau balik ganti baju lagi, memang akan jadi terlambat nanti 😄.

    Isssh pisgor kalau memang rangup dan manis, sedaaaap. Saya sukaaa. Kadang susah menemukan pisgor yg manis nih, pernah dapat rasanya macam hambar walau rangup.

    Kalau di sini sebenarnya makan pisgor tanpa sambal. Tapi Indonesia Timur macam Sulawesi, Ambon dan Papua mereka makan dengan sambal. Biasanya pakai sambal roa. Pedas, terbuat dari ikan

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Memanjakan diri berdua bersama anakanda

15 September 2025, Dania masuk kerja petang jadi paginya sibuk la nak mengikut ummi ke IOI City Mall. Saya ada appointment di Thai Odyssey. ...