Jumaat, September 26

Bukan earth hour ni tapi.....

Ni bukan tema earth hour ni ya. Kan ke earth hour ni kadang kita akan tutup lampu dalam masa sejam kan....ishhh bukan tu....ni kisah masa tengah kami sibuk menikmati hidangan makan malam kat rumah tiba-tiba....aik.....blackout...

Jangan panik....ni pun boleh dijadikan cerita ni 😅. Sebenarnya 2 lampu dari phone kami pasang tapi sebab saya nak ambik gambar jadinya 1 phone je la yang berlampu. Gambar dari phone hubby. 


Gambar dari phone saya pulak. 😁. Lepas ambik gambar terang sikit la sebab ada lampu dari 2 phone. Kejap je tak sampai 5 minit ada lampu balik. Kami continue la makan. 


Tak lama ada lampu....dia blackout balik. Pulak.....kami cepat2 makan dan saya kata jom la kita ke Alamanda. Sejuk sikit. Lagi pun kan ke nak ambik Dania balik kerja. Ikutkan hubby akan ke surau untuk solat Isya'. Ni kat surau pun gelap memang tak la kan. Rupanya kawasan kami sampai ke pusat latihan bank-bank, IPG Bangi pun blackout. Hubby call TNB pun lambat nak dapat mungkin ramai kot yang mengadu tentang gangguan bekalan elektrik ni. 

Elok je saya siap-siap, lampu ada balik. Terus la hubby bukak pintu pagar. Idak camne nak keluar?. Kena bukak pulak skru kat pagar sebab kami menggunakan pagar elektrik. Tapi...kami ke Alamanda agak awal sikit la. Jam 9 malam dah tiba Alamanda.....ok...boleh sambung pembelian MYSara ya....




XOXO,
Ezna

 

11 ulasan:

  1. haha.. kan.. kalau takde elektrik memang tak boleh buka pagar. Kami pernah balik dari kampung black out. Barang dah la banyak, kereta tak boleh masuk pagar. gigih malam malam menukang pagar dengan bantuan flashlight handphone

    BalasPadam
  2. Makan malam romantik di rumah 😄

    Kalau rumah saya ni selalu letrik trip bila kilat petir. Jadinya sebagai langkah berjaga-jaga kami sediakan lampu rechargeable di sudut tertentu.

    BalasPadam
  3. aritu blackout time anniversary ..feel2 mcm candlelight dinner ..sejam juga la blackout..nasibaik ezna kejap je ni

    BalasPadam
  4. alaaa... ingat candle lite dinner tadi.
    kelemahan pagar elektrik tatkala black-out.

    BalasPadam
  5. memang phishang laaa time black out bila guna pagar letrik tu hehehhe

    BalasPadam
  6. Terus bertukar jadi flashlight dinner ye sis Ezna hihi.
    Perkara sama pernah berlaku dekat rumah di Sarawak bila bekalan letrik trip dekat sana - terpaksa mak mintak tolong orang panjat pagar & bukak pintu rumah nak reset balik main switchboard supaya boleh bukak pagar rumah 😅

    BalasPadam
  7. Aduhai..Main2 plk ye black out ni...Mujur dpt bukak pagar..kalau tak mcmane nk gi amik dania? =D

    BalasPadam
  8. Antara sebab mak tak nak buat pagar letrik bila kami anak2 suggest dulu. Pikir untuk kesenangan dia tapi kata dia kalau tak ada letrik, juga banjir, macamana nak buka pagar.

    BalasPadam
  9. Payah juga tak ada elektrik kalau guna pagar elektrik kan. Kalau blackout ni memang kita keluarlah. Tak sanggup bergelap dan berpanasan. Kecuali kalau tengah malam tu sejuk sikit.

    BalasPadam
  10. Salah satu kekurangan pagar elektrik yaa, susah dibuka saat listrik padam 😅. Ini alasan saya juga masih belum mau pakai yg canggih begini utk beberapa hal 😅😅.

    Semoga tak lama padamnya ya kak...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Jumpa Fanny sekejap

Sehari selepas berjumpa dengan Fanny....saya rasa saya perlu jumpa Fanny lagi ni sebab apa....(nanti saya explain) Pagi tu disebabkan Fanny ...