Mulanya sehari sebelum, ummi siap pesan time break makan sendiri ya. Maksudnya tak bawa bekal tapi Dania beli la. Sekali datang rajinnya buat pulak nasi lemak pandan ni haaa....Nasinya bila nak tanak ni ambil masa sebab bahan2 banyak dalam tu. Dekat 45 minit lebih jugak kot masaknya. On time je sebelum Dania masuk kerja.
Timun dan kacang tak ada ya sebab keduanya Dania tak suka. Dania request nasi secoet tu je, bila Dania ke dapur terus tambah sikit nasinya. 😅. Cepat-cepat tutup la mangkuk tingkat ni.
Kerjanya berdiri je....mestilah penat. Nak tahan kenalah makan lebih sikit. Ikan bilis pemberian Ema dari Sabah tu rangup betul. Alhamdulilah. Ummi nak tambah telur 1/2 lagi pun tak nak.
Tiba kat staff entrance ni ada lori Bethany Roma. Ada stok baru tiba la ni. Dania sebenarnya hari ni ditugaskan untuk mengikat stok lama untuk dihantar balik.
Haruslah bergambar dulu dengan lori Bethany Roma ni yang tengah tunggu loading bay kosong. Err walaupun masa ni dah 1.59 petang. Dania kena masuk jam 2 petang. 😅 Semenjak Dania bekerja ni memang boleh nampak Dania punya timing tu sangat cantik. Masa bersiap lebih awal dari sepatutnya. Bersemangat waktu malam gosok baju dan tudung walaupun esoknya masuk jam 6 petang. Baju2 yang pakai kerja pun basuh on time. Nampak dah mula bertegur promoter sebelah menyebelah. Untuk pengetahuan, komunikasi Dania selalunya kurang. Mulut kurang bercakap tapi kat sini bercakap jugak la. Pastu kemain kemaskan kawasan kasut2 tu. Boleh tempat kasut yang Dania jaga tu tak ada bulu ayam?. Dania kata kadang berhabuk kasut dan rak tu. Dania selalunya pinjam kat Promoter kasut Princess nak buat sapu-sapu habuk tu.
Haruslah berbangga dengan jenama yang Dania kerja ni....lagi satu jenama Dania kena jaga ialah Swiss Polo.
Penuh loading bay Parkson ni. Sini juga la staff Parkson kena masuk jadi kena berhati-hati sikit la dengan lori-lori ni ya. Dania tengah berjalan nak thumb print la tu.
Begitulah kisahnya selagi Dania tak habis kerja. Cadangnya nak kerja sampai 30 September 2025 ni je. Bila student Ansci baru masuk awal Oktober 2025 ni nak kena assist juga sebab Dania dah dilantik jadi Sekretariat Ansci untuk sem 1 2025/2026.
***Selamat bercuti sempena Maulidurrasul. Dania kena kerja....hmmm dok rumah je kot sebab dah rasa sakit tekak dan badan seram sejuk dah ni.
XOXO,
Ezna
Sekali bawa bekal nasi lemak pandan tu.. itulah nama nya rezeki.. oh baru tahu staf masuk ikut loading bay.. apa pun salam maulidur rasul..
BalasPadamYa laluan situ jadi kena keluar dan masuk dari luar kat situ walaupun masa tu kita dah kat dalam.
PadamSelamat bercuti dan berehat. Semoga lekas sembuh dan salam maulidur rasul.
BalasPadamTerima kasih.
Padamactually last 2 weeks kot i ada singgah alamanda ni sbb beli seluar utk razeen, dannn...i nmpk dania la tgh keje (berdiri kat tmpt kasut2 tu) tp i was in a hurry sbb nak gi solat, so i tak tegur la dania (lagi pun risau kot2 dia segan plak heheeheh)
BalasPadamLar ye ke? Boleh tegur je Dania dan tanya surau kat mana....Hehehe...bab segan tu memang ya....hehehe
PadamSaya kalau nasi lemak, memang sukaaa yg komplit pakai kacang. Ikan bilis justru saya kurang suka, sebab banyak yg asin. Tapi kalo tak asin, saya nak.
BalasPadamYaallah, seharusnya kerja memang seperti itu, harus bangga dengan brand nya. Paham kalo perlu. Jadi jika ditanya oleh customer, kita bisa jelaskan. 👍👍
Typo nampaknya yaaa... Nak tulis: ya laaah. Kenapalah jadi ya Allah 🤣🤣
BalasPadamcedap tu, bawak bekal lagi sedappp
BalasPadamNak masuk sem baru dah ya.
BalasPadam