Hubby pergi sebelah nurseri ni nak beli makanan ikan. Sebelah nurseri ni ada jual ikan-ikan hiasan dan aksesori ikan. Ikan yang boleh dimakan pun ada juga.
Saya ambik kesempatan singgah di nurseri bunga sebelahnya. Nak cuci mata kejap.
Cantiknya bunga ros ni sebab ada dua tona warna.
Banyaknya bunga sana sini situ......cantiknya.
Bunga kemboja ni pun ada 2 tona warna. Putih dan merah jambu. Kat tengah tu berwarna kuning.
Kalau ada kolam boleh la tanam pokok ni. Kolam kat rumah saya ada tanam kiambang. Dah banyaklah pokoknya tetapi dimakan ikan dalam kolam iaitu si ikan kaloi.
Pokok ni berbunga juga. Close up bunganya. Warna lilac. Lembut je warnanya.
Pokok lada benggala kuning dan pokok terung ni memang kecik-kecik dah berbuah ke?. Geram dengan pokok terung tu.
Bunga ros kuning, putih dan bunga ros dua tona warna.
Ni lah pembelian kami. Bunga kertas nak letak kat beranda atas dan terung. Terung harga RM5 dan bunga kertas ni terlupa pula harganya.
Tukang tanam hubby la.....moga sihat hendaknya ya....
XOXO,
Ezna.
Dapat lihat pokok yang tumbuh subur pun dah seronokkan...
BalasPadamYa...memang terapi sungguh la.....suka tengok bunga2 dan hijau-hijau ni rasa tenang je.
PadamSy pun suka tgk bunga2 ni sis..Tapi tak pandai jaga =D...Dulu2 hanya tlg arwah mak siram pokok bunga je.,..yg mnjaganya mak...=)
BalasPadam