Isnin, Ogos 18

Masakan senang, sederhana & renyah

Kadang, bila nak masak ni ada masanya kita ada banyak masa dan ada masanya kita kekurangan masa disebabkan ada plan lepas tu atau ada nak kemana lepas tu....



1. Masakan senang

Selalunya kalau nak masakan yang senang, saya akan masak makaroni goreng ni la. Makaroni ni letak isi ayam, telur, buah tomato dan lobak merah. Tak pun masakan senang yang lain buat nasi goreng, kuetiaw goreng tak pun bihun sup yang kebanyakkan bahannya rebus je. Tak pun buat tomyam dengan semua isi seafood kat dalam tu dengan sayur dan masak nasi. Haa ni pun kategori senang. 




2. Masakan sederhana 

Masakan sederhana yang tak senang mana ialah nasi lemak. Agak renyah juga sebab kena sediakan bahan-bahan seperti sambalnya dan yang lain seperti telur rebus, ikan bilis ke....dan ikutlah lauk apa yang kita nak masak tu. Sebab ada banyak kena sediakan jadi saya kategorikan dalam masakan sederhana. Ikutkan nak masak ni tak ambil masa yang lama sangat. 




3. Masakan renyah

Lazimnya dalam kategori ni saya letak nasi ayam sebagai masakan renyah sebab kena rebus dulu ayam tu sebab nak ambil supnya untuk dijadikan air dalam nasi ayam. Kemudian kena sediakan sambal nasi ayam dan kicap nasi ayam. Ayam pula selalunya saya akan perap dulu setelah direbus kemudian akan digoreng sekejap. Selalunya saya akan masak nasi ayam ni weekend la. Kalau hari biasa sibuk pula Dania dengan kelasnya. Selalunya Dania yang bantu saya masak. 


Tentulah you alls pun ada kategori masakan yang senang, sederhana dan renyah juga kan. Saya pula takde la masak banyak2 untuk keluarga kecil saya ni. Ngam ngam je la untuk mengelakkan pembaziran. 




XOXO,
Ezna

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Masakan senang, sederhana & renyah

Kadang, bila nak masak ni ada masanya kita ada banyak masa dan ada masanya kita kekurangan masa disebabkan ada plan lepas tu atau ada nak ke...