Selasa, Ogos 19

Masa bersama walau sekejap je

Kalau hari jumaat ni selalunya pergi Alamanda agak awal. Biar tiba awal dari tiba lewat kan.  Alang-alang awal, Dania kata nak makan Rotiboy sebab dah lama tak makan. 


Lepas tu lepak pula kat Food Court Alamanda ni. Boleh la saya beli teh o panas ni. Dania tak nak air....jadi makan dulu la rotiboy kat sini. 


Makan dulu sebelum mula kerja ya. Dah dinner awal dah pun. Ni kiranya snack ajer ni. 


Rotiboy ni sedap la. Dulu Dania tak suka rotiboy ni. Entah bila sukanya tak ingat pulak....tapi selalu juga belikan untuk kawan2 sebilik Dania masa Asasi dulu. Maybe time tu la kot suka Rotiboy ni. 


Lepas tu dekat2 nak masa bekerja, Dania pun beredar la nak thumb print dulu dan nak letak beg kat locker. Bersyukur juga Dania kerja kat sini. So far rakan sekerja yang kerja full time tu cakap kalau nak cuti hari-hari tertentu bagitau je. Nanti boleh adjust kat jadual kerja. Lepas tu tanya mak tak datang jenguk2 ke kat sini....😅. Adehhh perli ke tu?. Nampak nau selalu nampak ya....

Kebetulan Dania nak cuti tarikh 23 Ogos 2025 ni sebab ada abang kepada kawan Dania kahwin. Actually saya berkawan dengan ibu kawan Dania tu. Ibunya yang kebetulan naik flight sama dengan saya dan family ke Switzerland tahun 2022. Memang secara kebetulan la pulak dan duduk kat flight pula 3 tempat duduk depan Dania. 

Saya tunggu petang sikit baru beredar balik rumah sebab hari jumaat tu selalunya kat jalan nak balik rumah saya tu sesak sungguh la. 




XOXO,
Ezna


14 ulasan:

  1. cantiknya Dania , rajin buat part time kan:)

    BalasPadam
  2. rotiboy tu sedap kalau makan panas2..

    BalasPadam
  3. Aduh, dah ada yang perasan pulak ya maknya selalu datang, hihi. Sy penggemar roti boy ni dari dia mula2 keluar, baru berapa sen aje harganya masa tu. Suka tekstur dia yang garing kat topping kopi tu, gebu pulak dalamnya.

    BalasPadam
  4. Kawan sekerja Dania pun perasan kot ummi dania selalu skodeng haha...
    Sy pun suka roti boy, sedap & wangi

    BalasPadam
  5. Dania pun okey je kakEzna temankan. jika daktiga ni, dihalaunya kita soh balik. dorang nak fun-fun sendirian.
    sedapnya rotiboy, aromanya sampai ke sini kak, hiii....

    BalasPadam
  6. sis pun sesekali beli juga roti boy ni.. tekak rasa teringin.. ^^

    BalasPadam
  7. Baru ni balik Putrajaya ingat nak skodeng Dania tapi tak sempat hehe.

    BalasPadam
  8. rotiboy tu byk memori--zmn i single i keje kat bank UOB medan pasar (tepi central market), kerap lah i beli rotiboy ni/kirim kat my colleagues...masa tu rege murahhhh sbb mcm awal2 kemunculan rotiboy

    BalasPadam
  9. Fav Ian ni...alaa..rindu plak kat hero sorang tu. Baru seminggu x balik

    BalasPadam
  10. roti boy semerbak baunya.....seronok jugak ada shift

    BalasPadam
  11. Mexican bread ini saya sukaaaaa. Dikasih nama Mexican bread mungkin Krn mirip topi khas Mexico yaa 😄.

    Roti boy ada di sini juga. Tp cabang tak banyak . Cuma produk lokal yg memang miriiiip dan persis rasanya dengan roti boy, ada roti O. Yg ini kebetulan dekeeet dengan rumah saya, jadi bisa sering2 beli 😄

    BalasPadam
  12. SA dulu pun x suka rotiboy...sebab x suka bau kopi tu...lepas tu kawan opis bagi..x kan nak tolak kan...lepas tu terus tersuka tanpa sengaja...

    BalasPadam
  13. Saya pun suka Roti Boy Kak Ezna...wangi je bila ada kios or kedai Roti Boy kan..
    Ni kat KLCC punya dah tutup dah..kalau tak lalu je kat eskalator dah bau dah....

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ziarah rumah sepupu yang meninggal

Dapat berita dari sepupu di Ipoh mengatakan Kak Nina dah meninggal. Baca lagi nama yang meninggal....tak sangka jugak nama yang dibaca tu. H...