Khamis, Ogos 7

Damansara Uptown Hawker Stall & Drama

Dah beberapa tahun tak jejakkan kaki kat Hawker Stall kat Damansara Uptown. Dulu kalau keluar makan-makan dengan kawan-kawan sekolah menengah selalunya kami makan kat sinilah. Masa kami ke sini, ramai juga yang makan kat sini. 


Saya jalan-jalan dan ternampak kat sini yang jual YTF ni cina tapi barisannya panjang.....


Order dapat lambat jadi kami makan ni dulu untuk lapik perut. 


Isi dalam otak-otak ni. Sedap juga rasanya. 


Ok kuetiau kerang saya dah tiba. Saya dan hubby order yang sama. 


Gambar kami dulu....


Dania punya mi goreng ayam. 


Lepas tu kat tempat parking masa nak balik, ada insiden kereta BMW tak boleh nak turun ke ruang bawah sebabnya kereta dia panjang dan bahagian hadapan macam dah kena sagat dengan dinding tepi tu. Tak dinafikan ruang jalan kereta tu ngam-ngam je. Kena pandai ambik side. Mulanya semua duduk dalam kereta. Lama-lama orang tak tahan sebab lama betul BMW tu tak bergerak jadinya line kereta makin lama makin panjang. Mulalah hubby pun turun mengajar pusing stering ke kanan ke kiri untuk mengelakkan kereta melanggar dinding tepi. Lepas tu hubby suruh parking reverse ke belakang untuk tenangkan diri sebelum keluar parking. Kebetulan belakang tu ada parking kosong. Jadi bila kereta straight dan depan tu jalan keluar....boleh la dengan senang kereta tu nanti nak turun. 

Akhirnya kereta semua dapatlah bergerak. Kalau tak tadi semua statik je. 😅. Ada drama pulak kami nak keluar parking pun....


Moga empunya kereta baik-baik ajer.  Mesti panik dan gabra masa tu. Driver tu si isteri. Suaminya macam tak ada. Anak-anak dia je ada. Nampaknya mungkin dia kena bawa kereta yang lebih compact berbanding kereta yang body dia panjang. Senang nak parking juga. Senang nak drive jika ruangan jalan tu kecik. 




XOXO,
Ezna

4 ulasan:

  1. Kesiannyaaa.....paling takut bawak keta parking tempat yg sempit, better bawak keta kecik senang sikit

    BalasPadam
  2. Lama sy tak singgah makan kat Uptown Damansara ni. Biasa kalau ke sini mesti nak order kuey teow macam tu. YTF tak pernah cuba, tapi situ ada satu stall steak kan. Ahh.. tiber teringin pulak.

    Aduh, mesti semua kembang kepala tunggu BMW tu lepas.

    BalasPadam
  3. Sebab tu Linda dah jarang bawa babyRuz tu...sebab nak kena cari tempat parking yang luas..hihi..biar husband je yang drive..nak beli kete lagi, mcm tak praktikal..sebab sekarang ni pun dah ada 2 buah kereta..

    BalasPadam
  4. Alahai...mesti pucat muka driver tu.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Damansara Uptown Hawker Stall & Drama

Dah beberapa tahun tak jejakkan kaki kat Hawker Stall kat Damansara Uptown. Dulu kalau keluar makan-makan dengan kawan-kawan sekolah menenga...