Sabtu, Ogos 23

Bila dah lapar sangat.....

Bila ambik Dania dan kebetulan lapar sangat. Tak boleh bincang dah ni. Pagi tu saya makan sikit je bihun sebab tak lalu dan selebihnya hubby makan. Ala yang dalam post makan kat Presint 16 tu la. 

Terus parking dalam Alamanda dan terus menuju ke Food Court. Memang kena la makan sini. Pernah tak you alls terasa lapar sangat kemudian nak berjalan pun macam takde daya sangat?. Nak tak nak kena makan juga la. 

Dania order mi tarik dumpling dan dumpling lebih sebab ummi kata ummi lapar sangat. Thank you Dania sebab ingat kat ummi. 


Saya pula makan YTF dengan mi. Sup dia sup ayam. Makan sikit macam tak lalu jugak. Masa nak ambik Dania tu saya jamah sikit buah nanas untuk lapik perut juga sebab lapar kan....

Nak habiskan mi ni pun jenuh juga jadi saya bagi sikit kat Dania. Dumpling pun selebihnya Dania yang habiskan. Saya tak lalu pulak nak makan. Tadi lapar sangat-sangat. Dah meningkat usia ni kena makan ikut time. Idak angin masuk pula. 


Dania baru dapat pas pekerja tapi macam 'Twilight' katanya sebab pucat semacam. 😅. Bagi gambar elok dah tapi agaknya scan macam mana lepas tu kemain bright sangat scan tu sampai inilah hasilnya ya. 😆. Ok lah Dania jadi 'Dania Swan' dah cuma mata je tak warna kuning. Bila dah ada pas pekerja ni tak payah la ambik pas 'Temporary Promoter' lagi dah. Kena tinggalkan lesen kereta juga. Nanti balik, pulangkan semula pas dan ambik balik lesen kereta tu. 

Ada tulis 'Bethany Roma' tapi....kena jaga kasut 'Swiss Polo' jugak. Kasut perempuan la. Hari tu Dania kata ada customer tanya....Dania kena jaga beg Bethany Roma juga ke? Dania kata tak sebab itu promoter yang lain pula jaga. Walaupun jenama sama tapi beg dan kasut tu promoter dia berlainan. Customer ingatkan beg dan kasut tu Dania yang jaga. 

Dah boleh masukkan dalam landyard yang ummi beli kat Tik Tok tu. Dania kata ada 2-3 orang jugak pakai landyard macam Dania. Mesti beli kat Tik Tok jugak macam ummi. 😅


Lepas tu kami balik la. Alhamdulilah saya dah kenyang dah. 




XOXO,
Ezna

 

13 ulasan:

  1. Tak sihat Ezna? Semoga baik2 aje ye...
    Bagus ya part-timer pun diberi staff card gini... bukan iman ke jaga BR tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok je. Kalau terlalu lapar je jadi gini. Iman jaga baju perempuan J&Co . Dania jaga kasut perempuan Bethany Roma & Swiss Polo.

      Padam
  2. comelnya ID kad Dania. syna kena makan ikut time....takut pengsan

    BalasPadam
  3. Scan high brightness kot tu jadi putih melepak. Betul tu kalau makan tak on time memang meragam la perut. Cie ni pun sejak masuk 40an jadi gitu dah.

    BalasPadam
  4. Pernaaaah juga begitu. Biasanya saat saya tak cukup makan ketika nak gym. Biasa 2 jam sebelum gym, saya makan dulu kak. Tapi kalo yg saya makan sedikit, atau terlalu banyak Karbo, pasti terkuras tenaga saat gym. Keluar dari sana pernahkah langsung macam lemaaas sangat. Terpaksa memang cari makan dulu 😅.

    Kak ezna sakit kah? Agak tak selera makan soalnya...

    Iyaaa, setelah diperhatikan macam twilight hasil fotonya, putih pucat, tapi bibir orange 😄. Walaupun tetap manis Dania di situ ☺️👍

    BalasPadam
  5. cantiknya dania! memang macam terlebih brightness tu
    sedapnya dumpling! tu sepinggan tu saya boleh makan sorang

    BalasPadam
  6. Pernah jugak tangguh makan sampai rasa hypo. Rindu betul food court Alamanda ni.

    BalasPadam
  7. macam sy laa semalam...
    sebelum sarapan rasa lapar yakmat...
    tapi bila dah jamah, terus rasa kenyang...
    sudahnya belum pukul 11 perut dah start lapar...

    BalasPadam
  8. betul..MA pun kalau makan lambat sikit, mula la....cepat2 telan gaviscon.
    lighting gambar tu kot yg buat pic dania nampak pucat.but ok je

    BalasPadam
  9. memang ada masanya rasa lapar sgt2..i kdg2 kena jugak gitu..anyway take care ezz!

    BalasPadam
  10. ammi dah biasa tak breakfast so biasa je kalau lewat makan. husband selalulah kena camni..lewat makan lunch dia terus gigil2..padahal dia beriya sarapan.

    BalasPadam
  11. pernah jugak macam tu sis.. lagi2 kalau nak jalan2 di mall.. cik abang akan make sure wife dia makan dulu, walaupun sekadar snacking.. dah macam iklan coklat snickers perangai sis ni kalau x cukup makan.. hahaha..

    BalasPadam
  12. Samalah saya..kalau lapar sangat nanti jadi perut masuk angin kot, dah jadi makan sikit pulak...
    Dumplings tu nampak sedap Kak Ezna...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ziarah rumah sepupu yang meninggal

Dapat berita dari sepupu di Ipoh mengatakan Kak Nina dah meninggal. Baca lagi nama yang meninggal....tak sangka jugak nama yang dibaca tu. H...