Kadang-kadang buntu la nak masak apa. Dalam buntu tu masak la udang bercili....
Daun salad ni kita habiskan sebab tinggal sikit je.
Bendi tumis pun kita habiskan semua.
Petang tu, cuaca agak baik jadi ummi kata jom la kita brisk walk. Dekat je tempatnya. Janji brisk walk je.
Sambil-sambil saya snap gambar bunga kat sini. Bunga ni macam ada dua warna. Merah dan merah jambu.
Sepanjang sini ada pokok bucida juga atau ada yang panggil pokok doa. Ada kawan saya nak bagi pokok doa ni tapi saya tolak sebab pokoknya besar dan daun dia selalu gugur. Nak maintain jenuh ni sebab pokoknya memang akan membesar. Ada jiran tanam kat luar kawasan rumah kami ni kemudian nak buang pokoknya sebab menjalar rantingnya tu....sekali tebang kena caj RM800 sebab pokok dah besar. Kalau nak tanam juga pokok ni kena cari bucida warna putih. Kecik sikit pokok ni tapi daun dia yang tak tahan tu kalau gugur sebab daun dia kecik2. Ada juga jiran saya yang tanam kat luar. Akhirnya dia tebang dah.
Ni macam bunga melur....tapi bila cium tak ada bau.
Daun ni pula saya suka tengok sebab ada 3 warna. Hijau, ungu dan merah.
Sambil brisk walk sambil ambil gambar. Jadilah dapat 5 pusingan. Berpeluh juga la. Alhamdulilah. Habiskan masa bersama sebelum Dania kerja nanti.
XOXO,
Ezna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.