Tahu tahu dapat gambar kat whatsapp group adik beradik. Boleh tanya kenal tak?. 😅.
Rupanya adik saya Erma dan anaknya Sofiah nak mencari blouse putih kat Parkson ni sebab Sofiah nak kerja part time. Mulanya tak nak kerja tapi agaknya terinspirasi dengan Kak Dania jadi ya kerjalah sementara nak masuk UIA tu ya. Dah ke sini harus jumpa Dania dulu ya. Hehe. Favourite Dania ni kat kaunter Swiss Polo. Kononnya lebih tersorok tapi sape lalu depan kaunter ni nampak je la sape yang berdiri kat situ. 😅
Say cheese.....
Kemudian, saya tanya adik saya Erma, berapa blouse yang dibeli?. 2 helai....fikir punya fikir....saya saje la nak bagi 2 blouse lagi tambahan. Cari yang boleh juga dipakai ke UIA. 2 in 1 la kan. Adik saya tak meminta pun ya....kakak dia yang nak bagi. Terus la saya mencari online. Akhirnya ke shopee kat brand Clashe. Kalau nak usha2 cari la jenama ni. Ada klausa kata kalau beli sebelum jam 12 tengahari, barang akan sampai kepada penerima hari yang sama. Kena tengok area jugak kot saya rasa. Saya bayar jam 11 lebih sebelum jam 12 tengahari la.
Dan memang ya kat Shopee ada Instant Delivery. You alls perasan tak?. Ni pertama kali saya click express delivery ni dan caj penghantaran saya 0 ya. Saya dapat diskaun penghantaran jadi ni saya tak payah bayar. Tapi ni express delivery ya. Entah apa saya click ya....Saya yang click, saya yang confuse sebab sebelum tu saya tengok kalau nak express delivery kena caj RM11++. Maybe certain total pembelian kita akan dapat free express delivery agaknya.
Kalau you alls beli kat shopee tengok ada tak features ni sebab bukan semua kedai ada. Oh ya ada live tracking juga di shopee nak tahu pemandu ada kat mana dengan nama pemandu, no telefon pemandu dan no pendaftaran pemandu pun tertera. Macam ala ala grab jugak la.
Bagus juga Clashe ni ya.....menyenangkan pembeli.
Petang jam 5 camtu, anak saudara saya Sofiah bagitau barang dah selamat diterima. Alhamdulilah. Boleh la buat tukar2 baju ya. Aunty beli yang boleh dipakai masa kuliah kat main campus juga. 2 blouse dan 1 seluar panjang warna hitam. Sofiah ni baru je selesai asasi kat UIA Gambang jadi tunggu nak masuk Ijazah yang course Sofiah ambik ni di main campus di Gombak. Insya Allah. Tu yang Part Time tu sebelum kuliah bermula.
Bila Sofiah try acu baju dan seluar memang ok saiznya sebab Sofiah ni rendah sikit dan kecik daripada Dania. Sofiah pun hantar la gambarnya pakai seluar tu.....Lega Aunty Ena ya...selagi tak tahu baju dan seluar tu muat asyik tanya kat whatsapp je. Haha.
Kerja elok-elok ya Sofiah.
XOXO,
Ezna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.