Jumaat, Ogos 8

Ada yang hadiahkan 2 jam manjakan diri

Alhamdulilah....untuk bulan ni ada kawan yang hadiahkan saya urutan Aromatheraphy selama 2 jam. Bila booking, ada slot 2 jam jam 2.30 petang tu. Sebelum tu boleh la pilih minyak aromatheraphy apa yang kita nak. 

Oh ya ini sempena hadiah belated birthday saya bulan Mei 2025. Lambat katanya hadiah yang diberikan. Lambat ke cepat bukan ukurannya. Kalau nak beri....saya terima dengan tangan terbuka benda yang saya sangat suka. Selalu kalau saya sendiri yang bayar buat 1 jam 30 minit atau 90 minit je. 


Kalau ikutkan semua baunya tidaklah saya suka sangat sebab ada bau minyak yang kuat jadi pilih yang kurang tak suka. Hehe....bukan la bau perfume. Kalau perfume wangi. Ni bau minyak. Kali ni saya pilih minyak yang ada bau rose Signature. Selalu saya akan pilih bau Calm tapi Calm tak ada stok. Nampak sangat semua pilih bau ni kan....


Mula-mula terapis akan basuh kaki dulu dengan scrub. Masa ni Dania dah berjalan dah. 2 jam lagi datang sini. 


Bilik urutan. Lepas ni saya diurut la kan....sedap dan sakit dalam masa yang sama. Kalau tak nak sakit, kena relax...jangan keraskan badan. Tapi....kalau diurut kat part yang bermasalah tu sakit juga tapi saya tahan especially part bahu. Mula-mula diurut tu memang la sakit tapi lepas tu rasa lega ya amat. Memang saya suka sangat urutan Thai ni. Tidak bising berbanding urutan Melayu yang suka mengeluarkan sendawa. Nak nak kononnya kalau kita yang banyak angin. Masa lepas bersalinkan Dania memang menggunakan khidmat urutan dari tukang urut Melayu....dan memang la mulutnya tak senyap ya....😅. Saya lebih suka urutan yang tenang dengan muzik yang tenang juga. 


Terima kasih kepada kawan yang menghadiahkan saya urutan aromatheraphy ini. Alhamdulilah. Tukang urut orang Thailand ni pun sedap betul dia urut. Ada sekali tu cangkuk belakang subang tercabut....udah la tukang urut mencari bersama-sama berpandukan lampu dari phone saya. Dah la kecik belakang subang tu pun 😅. Jumpa juga akhirnya. 

Moga murah rezeki kawan saya yang menghadiahkan belated birthday present ni, panjang umurnya, bahagia bersama keluarga tercinta, berjaya dalam karier, dijauhkan dari manusia toksid, dan semua yang baik-baik untuknya. 




XOXO,
Ezna

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ada yang hadiahkan 2 jam manjakan diri

Alhamdulilah....untuk bulan ni ada kawan yang hadiahkan saya urutan Aromatheraphy selama 2 jam. Bila booking, ada slot 2 jam jam 2.30 petang...