Khamis, Ogos 28

Siri membeli-belah tak habis lagi....

Lepas ke kedai emas tu, naiklah ke atas nak tengok anakanda buat apa. Kalau ke sini, tak sah la kalau tak check Dania dulu 😅. Dania tegur ummi bawa beg Parkson besar 2. Dalam tu yang berisi bekas makanan tu. Ada 2 rumah pengantin jadi beg kertas pun ada 2 jugak la. 


Melenggang kangkung 2 beg kertas besar, 1 tote bag sendiri. Tak habis shopping lagi ni. 😅


Ni masa saya gi food court untuk minum air teh o panas kejap dengan beg kertas penuh atas meja. Sampai boleh cover kita yang duduk situ 😅


Ini saya belikan untuk seorang kawan Dania lelaki. Yang nak kahwin nanti abang dia. Dah lama tak jumpa. Kawan sekelas Dania masa darjah 1, berpisah kejap masa Dania Darjah 3 tengah tahun sebab Dania pindah sekolah dan jumpa balik masa Darjah 4 kat SK Bukit Jalil sebab Faris pindah sini. Lepas tu masa sekolah menengah Faris kat SMK Bukit Jalil dan Dania ke SMK Jalan Empat. Ummi Faris kata ikutkan Faris nak ke SMK Jalan Empat tapi memandangkan mereka tinggal di Bukit Jalil masa tu tak larat ummi Faris nak drive tiap hari ke Bandar Baru Bangi. Saya pulak time tu dah pindah area sini. 

Jadi inilah hadiahnya tempat kad. Masa beli ni memang ada potongan harga jadi boleh jimat jugak la kan....


Ni lah kawan Dania nama Faris yang pakai baju hijau yang lebih kurang sama tudung Dania. 


Ni masa Darjah 4. Alalalala.....comey je masa kecik2. 


Ni pula saya belikan untuk ibu dan kakak pengantin. Kiranya ibu dan kakak Faris la. Ibunya lavender. Kakaknya cherry blossom. Ni pun masa saya beli kat BBW ada juga potongan harga. Ibu Faris ni dah kenal since 2011. Pernah la kadang-kadang saya bawa Faris balik tak pun Naterah bawa Dania balik. Selalu Naterah bake pie la, muffin la bagi Dania. Ya untuk Dania ya...kemain Dania ya...ummi Faris selalu bake untuk Dania. Bila Dania ada kelas tambahan, saya belikan pizza untuk Dania dan Faris pun dapat 1. Pernah juga saya terlupa nak bawa duit ke Pasar Malam. Time tu mana ada QR code lagi. Terus ke rumah Naterah sebab nak pinjam duit sekejap. Nak balik rumah sendiri jauh. Esoknya ganti balik. Sampai macam tu tak segan dah nak pinjam sebab kami baik. Alaaa pinjam RM30 kot nak beli makanan kat Pasar Malam 😅. Rumah Naterah memang dekat la dengan Pasar Malam. Pernah juga saya dan hubby ke Glenmarie ambik kereta baru tapi tak sempat nak ambik Dania kat sekolah jadi Naterah la tukang ambik. Pernah juga kami pergi kereta yang sama tapi Nat suruh saya bawa kereta yang diservice balik. Jadi saya pandu kereta yang Nat service kat service center tu. 

Terima kasih untuk semua ya Nat. Walau dah lama berlalu I tetap ingat. Terimalah hadiah yang kecik ni untuk you dan Naw. 


Dah selesai minum Teh O Panas, saya pun beransur pulang. Sakan pulak shopping rasanya....




XOXO,
Ezna

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siri membeli-belah tak habis lagi....

Lepas ke kedai emas tu, naiklah ke atas nak tengok anakanda buat apa. Kalau ke sini, tak sah la kalau tak check Dania dulu 😅. Dania tegur u...