Ada kawan saya cerita anaknya tak dapat kolej dan kalau saya came across rumah sewa boleh la inform kawan saya tu. Katanya dalam kelas anaknya hanya 3 orang je dapat kolej. Risau la kawan saya tu. UPM sekarang banyak juga tak dapat kolej untuk semester yang akan datang ni disebabkan nak renovasi kolej.
Kumpul merit cukup-cukup pun tetap tak dapat kolej jugak. Masalahnya kumpul merit kolej pun dikira paling banyak sehinggalah paling sedikit. Chances yang kumpul merit banyak2 tu lagi tinggi la nak dapat kolejnya. Kawan saya prefer anaknya tinggal di kolej sebab lagi secure dan selamat la. Kalau tinggal luar ni macam-macam hal la jugak kan. Tambahan anaknya juga lelaki. Masih menunggu rayuan kolej juga. Moga dapat la kolej buat anak kawan saya tu.
Bila cerita bab macam ni saya rasa bersyukur la jugak sebab rumah dekat je dengan UPM tu. Tak payah la duduk kolej tapi duduk je la kat rumah. Tak payah nak kumpul merit banyak2 yang kadang2 pelajar ni berbunyi jugak la sebab renyah dan memenatkan. Mana nak study lagi....nak kena masuk itu ini lagi....Mereka kena kumpul merit Fakulti, Merit Universiti dan Merit Kolej. Setiap satu ada minima merit kena capai. Tapi….tak menjamin kolej juga sebab merit tertinggi akan dapat. Bab ni memang saya bersyukur la. Kalau Uni yang memang sediakan kolej sepanjang pembelajaran tu lagi bagus la kan. Walau Dania duduk luar tetap juga join aktiviti untuk add on pembelajaran Dania macam
Kalau belajar kat UPM ni memang duduk rumah ni menjimatkan lagi. Kos makan tu kalau makan 3 kali dah berapa.... Ada seorang kawan saya yang anak dia kat UM bagi tahu beri anak dia duit poket RM800/bulan.
Hubby pun ceritalah ada jemaah surau yang anak dia tak dapat kolej kat UPM tu. Hubby kata duduk rumah la. Dia kata kalau kelas pagi tu ok je kalau hantar ni kalau ada kelas pagi....kemudian ada gap yang panjang kemudian sambung balik jam 2 petang. Tu payah juga sebab kena ambik kemudian kena hantar balik....kemudian ambik semula.
Hubby saya kata isteri saya camtu la bila ada gap pagi tu ambik balik kemudian kelas petang tu hantar semula kemudian ambik balik. Terkejut la jemaah surau tu. Lepas tu cakap dengan hubby lagi....kadang kalau kelas 1 jam tu Ena selamba je tunggu dalam kereta. Panas pun panas la.....itu cara saya la.
Kadang ada jemaah surau ajak saya join tadarus kat surau hari biasa bila tahu saya surirumah. Bila cakap saya kena hantar anak ke Uni macam tak faham. Bandingkan saya dengan jemaah lain yang hantar anak ke Uniten tu boleh je join. Nama Uni pun berbeza. Takkan saya nak beritahu saya bukan hantar pagi ambik petang terus. Ni saya ikut time Dania. Kalau ada gap panjang je saya akan ambik bawak balik. Lepas tu kalau ada kelas petang hantar semula. Lepas tu paling saya tak suka bila cakap kat saya ada anak kecik lagi ke?. Tau tak ayat cam perli gitu?. Saya ada tugas bukan surirumah dok rumah je tu. Walaupun anak seorang tapi komitmen tu tak sama ya. Jangan pula nak samakan dengan mereka. Umur dah meningkat....anak masing2 duduk asing, anak2 pun dah kahwin. Komitmen apa pula dorang kan?. Orang pencen. Saya akan join mana2 jika ada kelapangan macam yang saya join dengan Dania tu. Macam-macam la kan orang ni....kita buat apa yang dirasakan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kita je la. Tak boleh nak ikut orang lain.
Gambar Dania ni gambar hiasan masa hantar dan ambik ke Uni je. Kadang Dania tengok saya penat hantar berambik sampai cakap kesian kat Ummi tapi saya cakap dengan Dania....kalau kesian kat Ummi kena belajar rajin-rajin. Dapat pointer tertinggi. Kadang saya cakap juga penat tu memang penat la sebab kita ni manusia mestilah penat tapi ummi anggap ni tanggungjawab. Janji Dania belajar elok2 dah la. Dengan harapan cakap macam tu Dania faham la. Saya kata nak join apa pun tak apa ummi hantar. Kalau nak suruh ke kolej sebab ada meeting pun tak apa ummi hantar. Dah jadi AJK Kelab Sains Haiwan pulak sesi 2025/2026 ni. Kebanyakkan meeting online je.
Tapi sebenarnya hantar berambik ni juga kita tahu anak kita ke mana kan....memang banyak masa luang dengan ummi dari luang dengan kawan dia. Bukan tak bagi keluar dengan kawan....nak keluar silakan tapi err Dania ni dia ada kawan tertentu je. Kalau kawan yang tu....yang tu la sampai sudah 😅. Kawan Sekolah Menengah macam Zalilah, kawan Uni macam kawan2 Asasi dia 5 orang tu, kawan sekelas yang baik haaa yang 3 orang tu pulak. Nak buat camne anak sendiri memang dia pendiam tapi bersyukur ada juga kawan yang Dania baik daripada tak ada kawan langsung.
Terpanjang pula entry yang ni. Saje meluah je....
XOXO,
Ezna
Curhat seorang ibu. Betul, anak seorang pun ada komitmen juga, jgn ingat anak seorang org tak ada komitmen. Semoga Ezna sihat² selalu utk uruskan Dania sehingga ke akhir pengajian.
BalasPadamAbaikan aje Ezna, orang xde dalam kasut kita kan...UCAM memang provide kolej utk student, x galakkan student duduk luar..satu bonus kat situ untuk Dania...Dania sekarang dah kurang introvert sejak dah masuk kelab macam- macam ni...alhamdulillah setakat ni pointer dia x berubah...SA memang bagi dia explore, join apa nak join asalkan x abai pelajaran...
BalasPadam