Khamis, Ogos 7

Ambik Dania, barang tiba & Mid Valley Mega Mall

Kebetulan weekend ni ada satu hari tu Dania kerja 4 jam je so by 2pm tu Dania dah balik. Rehat, mandi, solat barulah kami akan ke Mid Valley bersama-sama.   


Ada 2 barang yang saya tunggu dari Tik Tok....eh tak tiba lagi barangnya...elok je cakap camtu ada kereta parking depan rumah. Sah la barang Tik Tok dah tiba. Yayyyy....


Kalau pergi Mid Valley tak sah kena ambik gambar kedai yang berdekatan dengan tempat kami parking. Banyak cabangnya takut confuse. 😅 Bukan pergi selalu kan. 


Masuk AEON sebab hubby nak mencari sesuatu. Hubby ke tempat lelaki. Ummi dan Dania ke section wanita. Dania belek2 kasut Swiss Polo dalam AEON ni. Eh eh tak puas lagi ke kerja kat Swiss Polo tu? 😅


Ayah Dania tengah memilih selipar. Nak tapak yang selesa sebab nak pakai ke surau. Tak ada promoter la kat Diadora ni. Ada promoter Ogival assist hubby. Katanya sini tak ada promoter jadi kena cari sendiri. Lepas tu cakap dengan saya sesiapa yang nak kerja Promoter kat Diadora ada kosong. 😅. Ada yang berminat? 

Ayah Dania kejap warna hitam, kejap nak ada warna merah. Dania kata kalau dapat ayah dia sebagai customer cerewetlah 😜. Errr sampai saya pun tak sure hubby beli warna apa seliparnya ni. Time saya tolong carikan saiz....warna hitam talinya.....tak tahu lepas tu warna apa pulak....


Hubby nak cari seluar panjangnya tiga suku tak nampak lutut tapi kat sini pun tak ada promoter yang layan. Leceh juga tak ada promoter ni. Kalau nak minta saiz kena ada staff brand ni. Akhirnya tak jadi beli pulak. 


Singgah la kejap Bananabro lepas solat nak minum kejap. Top up juga peria goreng ni. Kami makan saje. Rangup pun ya jugak. Ralit betul makannya. 


Lepas tu kami akan singgah makan pula. Bukan kat Mid Valley Mega Mall ni tapi di.......ok nantikan post saya. 




XOXO,
Ezna


 

3 ulasan:

  1. Dah lama x pegi bananabro..Portion dia byk..kalau nk pegi mmg kena betul2 lapar baru berbaloi rasanya mkn dkt sana...=)

    BalasPadam
  2. waaa dah style tak ada assistant, semua layan diri.

    BalasPadam
  3. Eh..Linda pun ada makan dekat banabro .lupa je nak up entry..lama dah...bila ntah nak repeat lagi

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Damansara Uptown Hawker Stall & Drama

Dah beberapa tahun tak jejakkan kaki kat Hawker Stall kat Damansara Uptown. Dulu kalau keluar makan-makan dengan kawan-kawan sekolah menenga...