Semalam, Dania ada cerita kat ummi tentang soalan yang ditanyakan masa interview. Berapa orang adik-beradik?. Dania kata saya anak tunggal. Kebetulan, interviewer tu juga mempunyai hanya seorang anak. Beliau tanya soalan kepada Dania....ok ke anak tunggal? Sebab beliau risau tentang anaknya yang berumur 6 tahun. Dania bagitau ibu ayah kena memberi perhatian yang lebih kepada anak. Beliau pun cakap ye lah....anak dia yang 6 tahun pernah cakap sabtu ahad maknya takde kat rumah.
Bukan sekadar tanya soalan juga tapi ada juga sesi curhat pula bagi saya. Psstttt patut la ummi tunggu dekat 1 jam semalam 😅. Bukan hanya briefing tentang kerja tetapi.....soalan yang Dania perlu jawab berdasarkan pengalaman sendiri. Sebenarnya jawapan Dania tu bagi saya menunjukkan itu yang Dania perlukan sebenarnya tapi saya rasa bab ni saya dah cuba sehabis baik la nak beri sepenuh perhatian. Lepas tu saya cakap dengan Dania....tak cakap ke dengan HR tu Ummi ada ni hantar Dania dan sentiasa membontoti (ada ke ayat ni?) Dania ke mana sahaja. 😁
Setiap pasangan tu unik. Ada yang diberikan anak yang ramai, ada yang tak dikurniakan anak. Ada yang seperti saya hanya seorang ajer permata hati. Allah kan lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Jangan cuba nak jadi smart pula pi tanya kenapa seorang je?...tak nak tambah ke?. Sambil mata pandang ke atas 🙄 atau saya akan membuat pandangan 👀. Jaga-jaga la kalau saya annoying memang saya akan jauhkan dari diri dia. Memang ada la yang menanya ni kadang macam tak tengok / cermin dulu diri. Macam ada saya ke kenduri beberapa tahun lepas. Duduk la semeja....sekali dia tanya berapa orang anak?. Saya kata seorang ni....Ha seorang? Buat2 terkejut....kemudian cakap anak saya 9 orang. Saya macam annoying juga la kan. Bila dia bangun balik....Dania pun cakap. Anak dia 9 tapi satu pun tak teman dia ke majlis. Anak ummi...teman ummi kan....Betul jugak apa yang Dania cakap tu....tenang sikit hati ummi. Tapi....ada yang paling annoying ialah satu ustazah ni kat satu majlis. Dia tanya anak saya berapa orang? Saya kata seorang ajer....dia kata ohhhh...dia cakap lagi 'Saya ditakdirkan anak yang sikit'. Sikit?. Dia cakap 9 orang. Ko rasa?. 😏. Terus bangun tak duduk dekat dengan dia dah. Stress 😆. Maaf ya...tak berniat nak tujukan kepada sesiapa...kebetulan 2 orang saya jumpa ni anaknya 9 orang. Saya faham la 9 orang dengan seorang tu jauh bezanya tapi rezeki semua tu Allah yang tentukan. Kena ingat tu.
Terbebel pula hari jumaat ni....
XOXO,
Ezna
betul juga cakap dania tu.. ada anak ramai pun tapi sorang pun takleh ikut teman pun tak guna jugak..
BalasPadambiasa la mulut manusia.. ada je benda yang nak jadi isu.. kami suami isteri yang takde anak ni aman damai je hidup.. tetiba ada je makcik mulut puaka ni muncul.. parent kami takde pun bising2, orang luar pulak yang melebih.. haish..
antara kita ramai yang direzekikan seorang anak kan kak..antaranya saya sendiri, kak SK,kak SA,mamatisya,Dana,siapa lagi ye?rasa macam ramai hihi
BalasPadamkita semua bahagia je kan kak walau anak sorang,dah bersyukur sangat
betul eyna cakap, semua ini rezeki dari allah swt bukannya kita yang menentukan...tak boleh dipertikaikan, ini kerja allah swt yg memberi rezeki, abaikan saja manusia sebegitu.
BalasPadamBetul Kak Ezna..Allah Maha Mengetahui..
BalasPadamPayah jugak ye kalau ada jenis yang suka persoalkan benda yang tak perlu ni..bila nak kawin?bila nak ada anak?kenapa tak tak tambah anak?sorang je ke anak?..kalau lah kita ni boleh plan pastu menjadi ikut suka kita lainlah kan..
lumrah bila anak sorang kn...soklan2 cepumas gitu mmg mencabar...aritu masa tisya masuk kolej tu ada ayat lebihkurang mcm ni.... jauh sgt ke anak dia sambung blajar smp nk sedih....eh anak kita tk pernah berjauhan walaupun masih dlm negeri sama tk kisah la kita nk sedih ke apa..kita ibu die...tau la die anak ramai ...annoying btul
BalasPadamanak tu rezeki, setiap anak x sama..ada yg lebih nya & ada yg kurang nya..
BalasPadamand satu lagi.. x yah nak banding2 kan kot, anak masing2...kannn
alhamdulillah.. MA pun anak 2 org je, sepasang but now dah mcm anak sorang pun..sbb sorang gi belajar dah...
Betul tu sis..Sorg atau ramai rezeki masing2 & ade sbb masing2...Sy yg dh dpt sepasang ni pun org duk tny lagi...Hampeh betoi...Hahahaha
BalasPadam