Khamis, Ogos 21

Novel & shopping sikit

Ni masa nak hantar Dania masuk kerja ni. Hubby yang drive jadi ummi sebelah je la. Sempat menoleh ke belakang tengok Dania nak touch up sikit. Oles lip balm berwarna dan bedak sikit. Nak jumpa customer kena presentable la kan...


Kami tiba awal ke Alamanda jadi sempat la Dania belek novel kat MPH. Rupanya kadang masa rehat lepas solat, makan sempat lagi ke MPH belek novel. Ada banyak masa katanya bila kerja kat Alamanda sebab orang tak berapa ramai, kedai pun sama jugak tak berapa ramai. Nak beli jus ke apa ke line pun tak panjang. Silap2 terus beli je. Kalau kat IOI City Mall, tempat nak pergi tu jauh sikit kedai buku Popular tu. Orang pun ramai sangat jadi masa berjalan tu terganggu. lagi pun IOI City Mall tu besar. Alamanda ni tak sebesar IOI City Mall tu. 

Kerja kat Alamanda ni tenang sangat. Ramai baya Dania, yang cuti semester lepasan Asasi atau Universiti kerja sini. Nak solat senang, satu level je sebab ada tempat solat staff. Boleh letak telekung terus dalam locker disediakan. Ada cafe untuk pekerja juga kat bawah tapi Dania akan bawa bekal dan makan kat situ je la. Air pun Dania bawa dari rumah. 

Novel yang Dania pegang tu novel dari luar negara jadi harganya keras sikit iaitu RM60++. 


Dania dah ada novel belah kiri warna putih dan plan nak beli yang sekuel pulak warna hijau. Ni hasil penulisan penulis tempatan. 


Penulis tempatan pun harganya RM42 sebuah. Mahal juga. 


Tempat Dania kerja kena naik escalator tingkat atas tapi nak thumb print kat floor bawah ni. 


Saya masuk sini. Hubby ke Aeon Big nak beli minyak masak dan beberapa barang keperluan lagi. 


Saya ternampak seleksi seluar cotton ni. 


Belikan sehelai untuk Dania buat tukar-tukar. Boleh pakai kat kelas jugak. Fabrik dia lembut. 


Penutupnya hubby pulak nak mencari T Shirt berkolar. Cari je la kat sini. Jumpa la sehelai setelah itu tak kena, ini tak kena 😅. Lepas tu ternampak la Dania sibuk tengok resit-resit pembelian dan tengah susun la tu. Cik....Cik.....mana pergi promoter kat sini?. Kebetulan promoter kat kaunter jenama Marq ni tak ada orang. Mana nak cari saiz baju lagi. Kalau boleh nak yang baru la kan bukan yang display. Memang tak ada promoter dia. Samada rehat atau bercuti la kot. 


Dania kerja kebetulan time ni 4 jam je jadi malam karang nanti ambik balik. 😁





XOXO,
Ezna

 

8 ulasan:

  1. Alamanda antara shopping mall yang paling tenang untuk sis, kecuali pada hari gaji dan bulan puasa.. hahahaha.. ^^

    BalasPadam
  2. tisya sama mcm dania juga...kalo cari novel mmg ke MPH

    BalasPadam
  3. Popular saya memang nak datangi nanti. Novel2 Malaysia saya dah habis. Padahal tujuan saya ke Malaysia Nov itu nak ambil novel dari Nadia dan uncle 🤣🤣🤣. Tetap nak beli lagi 😅.

    Tapi best kalo dpt tempat di mall yg tak terlalu besar. Tak letih juga. Apalagi buat saya yg buta arah, memang menyiksa jalan di mall besar tanpa ada yg menemani. Krn bisa get lost 😄.

    BalasPadam
  4. tak dinafikan buku2 penulis tempatan pun dah mahal sekarang... kalau tak silap sy laa biasa yg mahal mcm ni sebab self publish... buku2 dr oversea ni mmg dari dulu dah mahal...

    BalasPadam
  5. i dh tak ingat bila last i pergi alamanda....zmn2 dulu mcm kerap jugak ie sblm wujud mcm2 mall kat area gombak ni

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ziarah rumah sepupu yang meninggal

Dapat berita dari sepupu di Ipoh mengatakan Kak Nina dah meninggal. Baca lagi nama yang meninggal....tak sangka jugak nama yang dibaca tu. H...