Ahad, Ogos 24

Warung Koppi 70's dulu

Sebelum memulakan aktiviti harian, kita breakfast dulu. Kali ni kami ke Warung Koppi 70's. 


Jom tengok apa yang kami order ya. 


Roti sarang burung dengan daging. Not bad. Macam ala ala yang kami pernah makan di Langkawi juga cuma lauk daging tu masakannya berbeza. Warung Roti Canai Sarang Burung Penarak yang kami makan di Langkawi tu. Makan ni memang kenyang dia lama sikit. 


Hubby pilih kacang pool. Telur selalunya dalam kuah tapi yang kat sini, telur diletakkan atas roti. 


Teh O Suam untuk saya dan kopi butter untuk hubby. Dania pilih air mineral je. 


Harga untuk 3 orang makan. 


Selamat dah hantar Dania kat Staff Entrance Parkson, Alamanda. Memang staff full time ke part time ke masuk entrance yang sama. Kalau nak thumb print kena masuk dari luar. Tak boleh masuk dari dalam. Masa baru2 kerja Dania thumb print masuk dari dalam je sebab tak tahu. Dah tahu ni kalau Dania kat dalam, kena keluar nak masuk melalui entrance ni. Senang cerita nak tak nak kena masuk melalui entrance ni kalau nak masuk kerja. 


Tu je la cerita kami anak beranak. 




XOXO,
Ezna



 

11 ulasan:

  1. Lama nya tak makan roti sarang burung, nampak sedapnya. Kopi butter, favorite hubby.

    BalasPadam
  2. Hari tu dah try makan sini tapi waktu pukul 12-1 petang .. panas yg amat hahaha.. tak sempat nak cuba banyak menu.. insyallah next time boleh dtg awal ke sini.. :D

    BalasPadam
  3. Nampak menarik sarapan kat Warung Koppi 70's ni la. Semoga Dania terus bersemangat bekerja.

    BalasPadam
  4. Nampak sedap pulak roti sarang burung daging tu. Kat sini roti sarang burung ada telur je. Takde pulak bahan lain atas tu.

    BalasPadam
  5. kacang pool tu, roti dia bagi sekeping je ke?

    BalasPadam
  6. Macam nampak lalu dekat TT Sy pagi tadi, Warung Koppi ni...
    Segaklah Dania 👍🏻

    BalasPadam
  7. dapnya..lama x bfast date kat luar. weekend ni boleh kot, Ian balik , long weekend kan

    BalasPadam
  8. terliur roti canai sarang burung daging tu

    BalasPadam
  9. Kak Ezna..bila tengok ni baru teringat yang saya tak tertry lagi Roti Sarang Burung tu...bilanyalah nak try

    BalasPadam
  10. Sarang burung ini berarti wajib setengah matang telurnya ya kak? Tak bisa minta benar2 matang 😅😅? Saya masih tak bisa telan kalo kuning telur belum matang. 😅

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ziarah rumah sepupu yang meninggal

Dapat berita dari sepupu di Ipoh mengatakan Kak Nina dah meninggal. Baca lagi nama yang meninggal....tak sangka jugak nama yang dibaca tu. H...