Jumaat, Ogos 15

Petai pulak....

Orang yang sama promo buah pulasan, promo pulak petai kat group muslimat surau. Apa lagi....saya pun respond la nak beli. 6 papan petai ni berharga RM10 tapi saya dapat lebih 1 papan menjadikannya 7 papan petai. Petai ni kadang nak kena cari juga....bukan senang2 je ada kat kedai Acheh berdekatan dengan rumah. Selalunya kalau lalu area kampung-kampung ni kadang jumpalah petai ni. 


Dah masak la sambal tumis petainya....Alhamdulilah. Dania tolong kopekkan petainya. Hehe. 


Kena asingkan Dania punya bahagian siap-siap sebab Dania tak makan petai. Memang kegemaran Dania ni...sambal tumis ikan bilis. 


Ada juga brokoli dengan ikan bilis. 


Adik-adik saya pun suka sambal tumis ikan bilis petai ni sebab dulu-dulu mama suka masak ni. Selalunya taste kita tentang masakan ni...kita akan menggemari masakan yang selalu mama / ummi / ibu / mak kita masak kan?. Kalau mama sejenis yang masak tapi bawang semua kena hancur...memang sampai besar la selalunya bawang yang dimasak tu perlu hancur. Kalau bawang dipotong kasar-kasar tu memang tak lalu la nak makan.....err ni bukan cakap pasal saya....saya suka bawang. 

Rindu pula kenangan dulu-dulu....




XOXO,
Ezna

13 ulasan:

  1. Kalau saya cukup dah makan nasi lauk sambal ikan bilis dengan petai begini. Sedap! Jangan tambah lauk lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya saya pun camtu gak. Sambal bilis petai pun dah cukup dah....

      Padam
  2. Betul tu Kak Ezna, petai sangatlah susah jugak kalau nak cari yang fresh belum kupas nih...kena tunggu ada yang open order atau kalau terjumpa kat mana-mana baru dapat kan..
    Haah..selera kita ikut apa yang mak kita masak kan...style masak pun kadang-kadang sama...
    Bab Sambal Ikan Bilis petai pun samalah kita..Mak saya suka betul masak lauk ni masa kecik dulu..dari taknak makan, tau-tau dah jadi fav hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sebab mama selalu masakkan lauk ni la akak jadi suka....tapi bila pass kat Dania....dia suka sambal tumis ikan bilis tapi tanpa petai.....masa ni la jugak akak makan tempoyak dan ulam. Mama akak letak dalam pinggan....akak letak tepi.....mama akak buat lagi sehinggalah semua tu akak suka.

      Memang sama la mama kita masakkan masa kecik2 ya Sue....

      Padam
  3. me my boys n hubby semua tak mkn petai ;) kalau ada petai dlm sambal bilis or sambal udg, kami letak tepi ajerr petai2 itu! tapi zmn kecik2, i suka la mkn petai belalang..mcm snacking!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Errr petai belalang tu camna pulak you....I kena google la.

      Padam
  4. kita tk mkn petai...husband je makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama gang la ngan husband Amy.....sebab makan petai. Ye la tak semua suka bau dia yang kuat tu.

      Padam
  5. Adushhhh..Sedapnya sambal petai ikan bilis tu...=)

    BalasPadam
  6. Betul, sebab kita membesar dgn airtangan mak kan :D
    Sedap sambal bilis petai ni, gaul dgn nasi panas2 aduh sedapnya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang PH....rindu betul mama dan kenangan dulu.....

      Padam
  7. Cantik2 petai nya..geng la ngan MA, pun x makan petai

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

9 perangai pelanggan

Perangai pelanggan yang dikenalpasti setelah Dania kerja Part Time : 1. Pelanggan yang suka menyepah Masa Dania masuk kerja, ini yang terjad...