Rabu, Ogos 27

Nasi lemak pandan in da house

Kalau rajin sikit, saya akan masak nasi lemak pandan. Nasi lemak pandan ni kena blend air pandan tu untuk dimasukkan ke dalam beras yang ditanak. Selain itu saya juga masukkan daun pandan yang disimpul dalam beras tu. 

Kali ni saya buat lauk dia sotong. Bahan lain seperti daun salad dan telur rebus. Saya tak letak timun dan kacang ya. Kacang tu sebab Dania dan saya kurang makan kacang. Timun tu tukar jadi daun salad pun sedap juga. 


Kejadian nasinya yang berwarna hijau lembut. Bau masa masak sangat la harum. 


Kalau nak simple sikit, buat nasi lemak biasa ajer. Tak payah blend daun pandan tu. Just letak daun pandan yang disimpul tu je. Kat rumah memang ada tanam daun pandan jadi saya perlukan 7 helai daun pandan. 5 untuk dapatkan airnya dan 2 untuk dimasukkan ke dalam nasi yang ditanak. Boleh la ambik banyak2 sebab daun pandan saya tu rimbun pokoknya. 




XOXO,
Ezna
 

8 ulasan:

  1. sedap tu..kita suka sambal sootng guna sootng camni tk suka yg sotong kembang tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita suka sotong kembang lagi. Tapi sotong yang ni pun bila masak sedap jugak.

      Padam
  2. Aduhai..terus lapar semula tgk menu ni =)

    BalasPadam
  3. Mesti wangi satu rumah tu kan Kak Ezna.....
    Bestnya ada pokok pandan..senang kalau nak masak je tinggal nak amik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu yang akak letak lebih daunnya Sue. Kalau beli kena jimat la daun pandannya tapi sebab tanam dan pandannya rimbun....tu yang ambik lebih sikit daunnya.

      Padam
  4. Semerbak aroma pandan...cantik warna nasi lemak jus pandan ori.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Biar Betik?

Betik magic rumah saya ni berbuah banyak di pokok. Kena buat penjarangan jugak ni sebab bila banyak buahnya, tak dapat nak membesar dengan e...