Isnin, Ogos 25

MPH Book & Gift Mega Fair | Alamanda

Dania masuk kerja jam 2 petang tapi kali ni pergi awal semata-mata nak ke sini masa hari first MPH Book & Gift Mega Fair ni.


Bermula 20 Ogos 2025 - 1 September 2025. 


Dah mula melihat-lihat dah tu. Kalau beli masa Fair ni dapat potongan diskaun. 


Book Fair ni kat bahagian tengah. Hari biasa ni memang lengang la kan...


Ni Dania tengah daftar member MPH kat Apps. Hanya member je dapat diskaun jadi daftar je lah. Free je. 2 novel ni yang Dania beli. 


Lepas tu dapat goodies kat Gerai Nostalgia ni. Kita akan diberikan paper bag kecil dan masuk la banyak mana barang yang kita nak dalam paper bag tu sampai penuh. Ada makanan, mainan yang saya main dolu dolu ya macam dam ular, bubblegum, gula-gula, jajan, biskut....


Nak kata penuh sangat pun idak la. Macam paper bag rotiboy tu je. Takde la besar mana. 


Ni yang Dania ambik. Gula-gula tu Dania bawak sikit dan nak bagi kawan-kawan. Ada yang familiar zaman kita kecik-kecik dulu?. Biskut gula tu masa zaman kecik-kecik, saya makan biskutnya dulu. Lepas tu kumpul2 banyak baru saya makan gula atasnya pulak. 😅 Apa punya perangai entah masa kecik2 dulu. 

 

Selesai kat sini, kami nak makan pula...hmmmm....kat mana nak makan ya? 




XOXO,
Ezna

9 ulasan:

  1. Best kalau bawa the kids ke book and gift mega fair ni ..

    BalasPadam
  2. Wahhh..Ini kalau bwk che mek ni...=D

    BalasPadam
  3. dah lama sgt tak masuk MPH. akak suka sgt TORRONE tu.

    BalasPadam
  4. dh lama i tak gi mana2 book fair. sweets tu menggamit memori laa

    BalasPadam
  5. ni borong buku ke borong jajan? hehehe

    BalasPadam
  6. Memang antara kegemaran saya bil ke satu tempat cari kedai buku..best melihat banyak bukupelbagai tajuk..so untuk Dania teruskan membaca..Buka Buku Bagaikan Buka Dunia

    BalasPadam
  7. Rajin Dania beli dan membaca novel. Orang kata kalau suka membaca, otak aktif berfungsi sebab berfikir dan berimaginasi.

    BalasPadam
  8. hari Ahad haritu baru je beli gula-gula torrone tu kat DIY. teringat masa kecik suka makan gula ni

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bateri kereta kong

Baru-baru ni bateri kereta saya kong. Tak boleh la bawa si oren ni hantar ambik Dania ke tempat kerja. Kena la saya drive kereta lagi satu y...