Dania apa yang diteropong tu?. Ni gambar hiasan je ni.
Ada satu hari tu lepas hantar Dania, minum dan makan la Beef Roti ni. Kebetulan bila beli setiap RM10 dapat la peluang pilih bola dan dalam tu ada hadiah yang dimenangi. Saya makan situ sekeping dan tapau 3 jadi pembelian saya RM20++ dan dapat ambik 2 bola.
Hadiah yang ditawarkan....
Credit : Suteramas Beef Roti Instagram
Saya ambil bola pink dan bola hijau. Bola pink 'sila cuba sekali lagi'. Bola hijau pula dapat la hadiah yang ini. Nak tebus terus tak la sebab dah beli 4 kan jadi kali ni betul2 nak redeem sebelum Dania masuk kerja.
Ni tengah nak top up Beef Roti nya.
Pilih apa yang ada je la. Pilihan saya 3 daging klasik, 1 ayam klasik dan 1 ayam pedas.
Harga Beef Roti ni.
Dania makan ayam klasik.
3 daging klasik dan 1 ni saya punya. So tapau bawak balik 2 daging klasik.
Alamak muka tak sedia la. Haha.
Ni pula masa Dania thumb print. Kena keluar balik mall dan lalu kat laluan staff untuk thumb print. Dah gaya dia gitu kena ikut la kan walaupun kita dah ada kat dalam mall. Maybe nak bezakan promoter yang baru masuk kerja dengan yang rehat dan dah habis kerja. Kalau nak rehat boleh je keluar dari dalam mall. Sama la jugak masa nak balik pun. Dulu, Dania main belasah....nak thumb print ikut pintu dari dalam je. Tak tahu pun ya jugak. Dah tahu kena ikut prosedur la ya.
Masa ni first time tunjuk hubby.....Dania akan masuk pintu mana dari dalam Parkson. Botol air bawak dari rumah memang tak tinggal ya. Sama la masa pergi kelas. Botol air sentiasa ada di sisi.
Lepas tu saya dan hubby balik la. Tunggu nak ambik Dania malam pulak.
***Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 68 Malaysia....ada yang pergi tengok perbarisan?. Ada yang pergi jalan? Long Weekend kan....saya kat rumah je la. Dania pun kerja Hari Merdeka ni. Dapat la double / triple pay nanti....Insya Allah.
XOXO,
Ezna
Alhamdulillah rezeki...
BalasPadamAlhamdulillah rezeki. Seronoklah kan dapat hadiah yg kita suka ie roti daging tu ...
BalasPadamSelamat menyambut Hari Kebangsaan 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
wahh rezeki tu!salam hari kemerdekaan negara kita yg ke68!
BalasPadamSedap pula tengok roti tu.. tebal isinya.
BalasPadamSelamat menyambut Hari Merdeka ke 68. Pergi dataran tengok sambutan.
BalasPadamsyok tu free beef roti
BalasPadamKemarin saya lihat di IG saya, di Serpong, sudah ada yg menjual beef roti ini 😍😍😍. Serpong ini tetangga jakarta lah, tak jauh, 30 menit saja dari JKT. Makanya saya dah niat nak kesana, pas weekend 😄. Kalo kata teman saya yg sudah coba, sedaaaap ,apalagi chef nya belajar langsung membuat beef roti ini saat masih di China. Tapi yg saya suka, mereka pun dah memastikan beef nya halal juga. Tak sabar nak coba yg di sini 😄
BalasPadam