Rabu, Ogos 13

Membeli belah di Aeon Big, Alamanda

Since Dania dah kerja kat Alamanda, kalau ada barang nak beli memang ke sini jugak la jawabnya. Kat Alamanda ni ada Aeon Big dan Cold Storage. Saya pergi ni Aeon Big. Masa ni Dania dah nak pergi thumb print dah. 

Pergi ke section ada wrap ni sebab plan nak buat wrap untuk Dania punya dinner. Simple tapi mengenyangkan. Nanti Dania akan tapau la pergi kerja. Menjimatkan juga la. Tak payah nak membeli dinner lagi. 


Cari tomato kecik ni jugak. 


Lama pulak tak makan nugget ni. Cari nugget ikan. Saya pilih Ramly. 


Lepas tu saya ke Food Court pulak. Saya minum teh o dan cari roti daging ni lagi. Repeat lagi. 


Inilah harganya ya. Kalau tak silap ada beberapa branch jugak. 


Kalau pergi Sabtu / Ahad memang kena tunggu la. Kalau pergi hari biasa memang tenang je. 


Seleksi cucur untuk Tea Time ni kalau pergi Sabtu / Ahad pun cepat betul habisnya. Hari biasa haaaa meriah lagi. 


Sebelum balik haruslah saya tengok Dania dulu. Hehe....cari-cari kat Swiss Polo tak ada pulak. Sekali saya ke Bethany Roma....tudiaaaa 2 sekawan tengah bercerita. Haaa ada cerita hangat la tu. 😅. Kadang2 crowd dalam Alamanda ni untuk hari biasa tenang je la. Jumaat - Ahad yang selalunya agak busy sikit. 

Keduanya pakai landyard yang sama. Senang sebab sentiasa ada dengan kita. Ringan pun ya jugak. Ummi dah nampak mereka ni kenalah pose dengan phone camera ya....Hehehe....

Lepas tu saya mengundurkan diri la sebab ada beli barang sejuk beku kan....





XOXO,
Ezna
 

5 ulasan:

  1. Aduh, tersenyum sorang sy baca. Best la window shopping weekdays, kerja weekdays pun tak busy mcm weekend, kan. Dania cuti rotate atau ada hari tetap?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tenang sangat Dania kata kerja sini. Memang tempat yang terbaiklah saya rasa. Dania actually cuti ada hari tetap tapi staff full time kata kalau nak cuti hari tertentu beritahu awal2. So far sama je cutinya setiap minggu ni. Dengan staff full time tu pun boleh give and take juga. Alhamdulilah. Kerjanya pun 2 hari je 8 jam. Selebihnya 4 jam je.

      Padam
  2. dania ada kawan baru dah... ❤❤jimat kalau bawak bekal, tak payah kelam kabut membeli

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... bagus Dania rajin kerja part time. Selain dapat duit, dapat pengalaman dan luaskan pergaulan. Melatih percakapan juga...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Membeli belah di Aeon Big, Alamanda

Since Dania dah kerja kat Alamanda, kalau ada barang nak beli memang ke sini jugak la jawabnya. Kat Alamanda ni ada Aeon Big dan Cold Storag...