Khamis, Ogos 28

Lama tak ke kedai emas....

Buat mereka yang pakai subang skru kat belakang telinga tu, pernah tak ada pengalaman skru dia hilang entah ke mana?. Saya pakai jenis ni la lepas tu sedar2, eh mana pulak skru untuk sebelah subang ni?. Hilang dah. Kalau tak pakai kat tempat tindik tu kang dia tertutup pulak. Nak tindik lagi satu hal. Haha takmo dah umur gini tindik wehhhh. Takut sakit sikit la. Kalau masih anak kecil ok sikit sebab nak sembuh nanti ambil masa sekejap je. Dania tindik masa umur dia 5 tahun. Ni bila dah berumur, cuping telinga pun tebal kan....

Since subang saya beli dari Habib, jadi ke Pak Habib jugak la. Alang2 nak hantar Dania kerja...kita singgah jap la Habib kat sini. Masa ni Dania sempat teman kejap je lepas tu terus masuk kerja. Hari kerja ni memang tak ramai orang la. 


Ni lah subang love saya yang ada corak sarang lebah. Sebelah subang tak ada belakangnya. Nak tak nak kita tukar dia. Ambil gambar dulu la buat kenang-kenangan. Kalau boleh nanti nak ambik yang tak payah bayar lebih. Kalau kita yang ada lebih tak apa.


Nak kata banyak pilihan tak juga la. Saya nak cari sesimple yang boleh. 


Akhirnya ini yang menjadi pilihan. Sebelah warna kuning dan sebelah tu chrome. Masih juga emas 916. 


Tak faham la kenapa susah sangat mereka ni nak beri kita cash kalau harga yang kita beli ni lagi murah dari harga yang kita jual balik subang tu. Dia akan suruh kita ambik barang lain. Dengan balance yang patutnya saya dapat tu  kurang daripada RM200, saya boleh ambik wafer emas Habib tapi saya tak nak sebabnya :

1. Saya kumpul emas bar Public Gold. 
2. Wafer emas Habib ni berat dia 0.2g. Kalau jual balik tu susah harganya tu naik sebabnya beratnya tak sampai 0.5g. Kalau berat emas 0.5g ke atas baru harganya best sikit. Wafer emas 0.2g kalau nak buat koleksi boleh tapi kalau nak jual balik harganya agak rendah berbanding 0.5g. 

Lepas tu saya cakap saya nak beli subang ni untuk tempat bertindik No. 2 jadi saya nak saiz yang kecik sedikit sebab sebelah lagi tu memang saya pakai yang bentuk ring tu. 

Akhirnya barulah saya dapat cash balance jual emas saya tu. Kalau boleh awal2 lagi disuruh ambik barang lain. Katanya cash tak ada. Which saya rasa macam alasan je. Habib ada polisi tak bagi balance melebihi RM200 ya....kalau <RM200 kita boleh dapat balance balik. Info ni saya tahu masa jual balik gelang pandora kat Habib HQ. Jadi info ni saya bagitau dia. So....tak boleh dia bagi alasan lagi tapi ya ada juga alasan yang diberikan iaitu katanya ramai customer transfer duit online ke akaun Habib jadi mereka tak ada cash. 😅. Hmmmm....

Last sekali katanya akan tanya orang dalam pejabat dan akhirnya barulah saya diberikan cash. Akhirnya....

Dengan cash yang saya ada, saya cari 2 hadiah wedding. Saya belikan bekas simpan makanan ni. Ada 2 set. Beli 2 set sebab sabtu dan ahad ada wedding. Saya bawa ke tempat customer service untuk dibalut. Kalau suruh mereka balut percuma je kalau guna pembalut Parkson. 


Ni lah rupa bekas simpan makanan tu. Tengah ada sale kat Parkson jadi saya grab 2 ni dengan harga yang sangat berbaloi. I mean it....betul2 berbaloi. Ada 1 ni harga kalau sebut sini memang terkejut. 


Masa buat bayaran, adik kat cashier yang part time pakai strip kat hidung dia. Rupanya nak bagi lubang hidung dia buka besar sebab selsema. Aircond betul2 atas dia. Dia tak tahan sejuk. Kesiannya. Mula la saya tanya Universiti mana dan course apa....katanya Office Management kat UITM. Dia kata bahagian atas ramai student Part Time (tingkat Dania kerja). Rajin pulak berborak dengan dia 😅. Dia pun bosan sebab orang tak ada masa tu.




XOXO,
Ezna



 

13 ulasan:

  1. Emas ooo emas! Begitu ceritanya ye kalau berurusan di habib.
    Kesian pulak adik yang selsema bekerja betul-betul bawah air-cond.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya....ceritanya nak suruh customer dia beli lagi. Tak nak bagi duit lebihan kat kita. Kesian betul adik tu.

      Padam
  2. pernah jadi sekali..mana ntah hilang nya, cari2 pn tak jumpa..so trade in, beli yang baru je lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya kalau pakai subang jenis ni entah banyak kali juga tukar2. Senang tercabut skru dia bila dah pakai lama.

      Padam
  3. Wahhh..Cantik subang yang baru tu sis...Saje je la tu nk org add on duit lain..Tapi kalau pegi kedai emas biasa rasanya mereka ok je nk pulangkn wang lebihan kita tu...Cuma kena pandai kecek kiro la kato orghe kelate =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah...lain kali kena pergi kedai biasa la kot. Kat Alamanda ni ada 2 kedai emas, Habib dan Tomei je.

      Padam
  4. mmg dia nk soh kita beli brg and kena topup duit lg slalunya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Amy...tapi sebenarnya kalau bawah RM200 dia boleh je bagi cash tapi kalau boleh nak tekan kita soh cari barang lain. Kalau boleh tak nak langsung bagi cash. Bila dapat cash duitnya macam baru dapat dari bank sebab duitnya baru.

      Padam
  5. cari je skru emas neka kak...hihi

    BalasPadam
  6. i pun dh lama tak beli apa2 bling2 baru ni ezz...rasa mcm nak kena jual mana2 yg ada sbb ada plan plak bln nov ni (bkn travel obersi la tapinya)

    BalasPadam
  7. sis tindik masa sekolah rendah dulu.. lepas tu bila masuk form 1, sis dah malas pakai subang, sebab skru belakang tu asyik tercicir, pastu tak suka rasa mencucuk tu.. masuk form 2, dah jadi pengawas.. terus xnak pakai dah.. lubang tindik pun dah tertutup sampai sekarang..

    jadi kalau nak beli emas skrg ni, sis prefer gelang atau cincin je.. memang tidak la kalau nak tindik semula.. sakit ooo.. hehehehe..

    BalasPadam
  8. Saya pun pernah hilang belakang tu, tukar yang lain juga. Ambil yang harga lebih sikit dan kena tambah sikit. Lepas tu bertukar pada jenis ring tu lagi senang. Sekarang pakai jenis chain lagi best. hihi..Payah juga gak tak dapat cash, nasib baik dapat akhirnya. Dapatlah beli barang lain untuk hadiah.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siri membeli-belah tak habis lagi....

Lepas ke kedai emas tu, naiklah ke atas nak tengok anakanda buat apa. Kalau ke sini, tak sah la kalau tak check Dania dulu 😅. Dania tegur u...