Isnin, Ogos 18

Hasil dari jambul

Gambar-gambar diambil dari IG kawan....ni nak citer....masa tahun lepas, kawan ni orang Terengganu. Dia kata dia ada belikan saya keropok keping. Bila orang nak bagi something....takkan la kita pergi dengan tangan kosong kan?.....

Gambar bawah ni saya yang selfie guna phone saya. 😁


Kebetulan masa tu saya lepas makan kat Saudagar Nanas Agrofarm. Ada jual jambul nanas ni. Jadi saya belikan 2 jambul. Katanya nanas ni jenis yang bila makan tu tak tajam di lidah dan rasanya manis. Ni kawan saya letak dalam kolam kecik sebelum tanam. 


Setelah hampir 1 tahun 1/2, nanas pun masak. Lama juga ya nak dapatkan hasil buah nanas ni ya?. Mula tu kawan saya macam eh nanas ni jantan ke sebab takde keluarkan buah. Hehe. Kuning nampaknya nanas tu. Nanas saya yang kuning sikit....tak sempat tuai....musang pandan dah makan. Hebat betul gigi dia yang tajam tu ya?. Ngap terus. Hilang buahnya ok....

Tak silap saya gred nanas ni MD2. 


Ni haaa buahnya yang kawan saya kata manis betul. Ya la kita dengar je la ya....takde rezeki buah rumah saya tu. Kena rembat dah. 


Alhamdulilah kawan saya dapat makan buah nanas hasil jambul saya hadiahkan tu. Lepas makan, jambul nanas yang dituai pun akan ditanam balik. Alhamdulilah. 




XOXO,
Ezna

13 ulasan:

  1. comel je buah nanas nya..nampak kuning tu, memang sedap betul...
    iye kak ezna, nenas memang lambat sikit nak berbuah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah buah dia memang jenis kecik. Jambul dia je panjang.

      Padam
  2. Wah…seronok tengok jambul yang diberi dah mengeluarkan hasil. Boleh jadi pahala yang berpanjangan pemberian gini.

    BalasPadam
  3. Nanas memang ambil masa nak berbuah kan....PZ pernah tanam..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dah mengeluarkan hasil

    BalasPadam
  5. Wahhh..Alhamdulillah..Menjadi pokoknya =)

    BalasPadam
  6. akak suka nenas. MD ni jenis manis kan.

    BalasPadam
  7. sedapnya nenas, kita baru nak makan tadi tapi takde kicap. hahaaa...
    suka makan nanas dgn kicap.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..berhasil akhirnya. Lama juga tu nak menunggu buahnya muncul setahun lebih. Takpelah, tak ada rezeki kak Ezna tapi ada rezeki lain tu. Nanas MD2 memang manis sebab madu kan.

    BalasPadam
  9. Memang bercinta nk tunggu nanas berbuah kan... Tapi kalau dpt nanas tu cuba akak try buat air pina colada. Letak santan, letak garam sikit pastu blend sekali ngn ais...wahh padu rasa

    BalasPadam
  10. sedapnya nanas hasil tanam sendiri ezz! puas hati sgt!

    BalasPadam
  11. Ingatkab jambul apa tadi rupanya nenas. Hihi

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Hasil dari jambul

Gambar-gambar diambil dari IG kawan....ni nak citer....masa tahun lepas, kawan ni orang Terengganu. Dia kata dia ada belikan saya keropok ke...