Isnin, Ogos 11

Food Truck

Kadang, lepas ambik Dania...kami singgah nak minum kat Food Truck / Kedai. Kali ni kami ke Food Truck. Masa kami datang tu punyalah lengang. Rasanya macam pekerja Food Truck lagi banyak dari pengunjung yang datang makan kat sini. 


Deretan Food Truck tengah tunggu orang nak beli. 


Beli ini dengan minuman je. Kata fries dan ayam tapi ayamnya halus je. 


Takde la berlama-lama kat sini. Ada pemuzik juga buat persembahan. Sesekali datang bawa bekas untuk mereka yang nak bagi sedekah sikit. Ada yang bagi...ada yang tak. 




XOXO,
Ezna

 

18 ulasan:

  1. tak pernah singgah food truck di putrajaya lagi.. mungkin boleh cuba lepas ni bila2 lepak putrajaya.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada 2 food truck kat Putrajaya. Satu kat Presint Diplomatik dan satu lagi kat belakang Hotel Dorsett Putrajaya. Situ dia mengadap tasik.

      Padam
  2. Balasan
    1. Nyumsss tapi.....chicken dia tak bape nampak.

      Padam
  3. tk brp nmpk ayam dlm fries tu....tk ramai org ye..maybe harga makanan and minuman kt food truck bole tahan mahal juga ..sesekali okla

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Amy. Tak nampak pun.....fries je yang banyak.....ya bukan selalu juga makan kat food truck. Selalunya memang kita masak kat rumah.

      Padam
  4. dh berkurun i tak gi mana2 foodtruck..i sgt jrg kuar mlm la ezz esp bila dh late 40s ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. I sebab Dania ada balik malam jadi kadang2 singgah Suzz....Idak I dok rumah juga jarang keluar malam.

      Padam
  5. Jarang join event food truck lepas beberapa kali kecewa kualiti menu tak seiring dengan harga. 😭

    BalasPadam
  6. Lama betul tak singgah food truck ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meh singgah. Tapi kat sini lengang pulak Mulan.

      Padam
  7. Ada food truck are sini erk Ezna...menarik ni....area mana ni nanti share ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Food Truck yang ni kat Presint Diplomatik, Putrajaya SA. Lagi satu ada kat belakang Hotel Dorsett, Putrajaya. Food Truck tu sebelah tasik. Dekat2 dengan Monumen Alaf Baru (Milennium Monument).

      Padam
  8. Kadang kasian juga kalo lihat tak ramai begini, melihat para seller berharap jualannya laku .. kenapa sepi ya kak? Makanan tak sedap atau terlalu mahal?

    BalasPadam
  9. Macam best je Kak Ezna...
    Kat area rumah pun dah ada konsep ala-ala gini..cuma tak tau nak beli apa..setiap kali lalu tu just tengok je..tak tertry lagi...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Membeli belah di Aeon Big, Alamanda

Since Dania dah kerja kat Alamanda, kalau ada barang nak beli memang ke sini jugak la jawabnya. Kat Alamanda ni ada Aeon Big dan Cold Storag...