Ahad, Ogos 3

Bas bawa guru dan murid PASTI kemalangan di UPM

Semalam, 2 Ogos 2025, kecoh la di kalangan student UPM kata ada kemalangan di UPM. Tak tau la apa masalah pemandu bas tu melanggar signbard dan pokok besar di UPM. Pokok yang sama macam kat Tasik Taiping tu. Kejadian berlaku di hadapan pintu masuk Fakulti Bahasa dan Komunikasi di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bas ini dikatakan membawa rombongan 5 guru pengiring dan 30 pelajar tadika PASTI, Ampang yang baru selesai melawat di kilang coklat dan dalam perjalanan menuju ke G2G Animal Garden di MAEPS Serdang. Memang UPM ni laluan rentas nak ke MAEPS tu. Disebabkan impak kemalangan ni, seorang guru pengiring dan 3 murid cedera. 

Saya rasa kalau kilang coklat berdekatan UPM ni tak lain tak bukan, kilang coklat Beryl's. Dania dulu masa tadika pun melawat kilang coklat ni jugak. 

Credit : Google

Sehari lepas kejadian, kebetulan kami sekeluarga nak breakfast di Sri Serdang. Lawat la lokasi kejadian. Boleh nampak pintu masuk ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi belah kiri. 


Pokok yang dilanggar punyalah besar. Habis signboard musnah. Pokok yang dilanggar masih kukuh berdiri. 


Banyak betul kan kes kemalangan melibatkan bas menyebabkan saya takut nak izinkan Dania naik bas untuk ke area jauh ni. Kalau dekat saya ok lagi. Masa cuti ni Dania kata ada kawan2 ajak ke Pulau Pangkor. Nak pergi sana naik apa?. Rupanya naik bas ke Ipoh kemudian ambil kereta kawan di rumah di Ipoh dan terus ke Pulau Pangkor. Tapi akhirnya Dania tak ikut sebab buat alasan nak kerja (memang kerja la pun). Akhirnya kawan2 Dania tu cover Ipoh je tak jadi ke Pulau Pangkor. Mereka bertiga. Kalau dengan Dania berempat la. Seorang orang Ipoh, seorang orang Tawau dan lagi seorang Shah Alam. Baru perasan, kawan Dania ni selalu ada orang Borneo. 

Nasib baik lengang je kat UPM sekarang ni sebab pelajar Ijazah sedang bercuti semester. Cuma ada pelajar Asasi je. Time asasi dulu Dania kata time ni la heaven sikit sebab nak naik bas tak payah berebut dengan pelajar Ijazah. Idak kena berebut la. Kenangan kan Dania?. 




XOXO,
Ezna



 

13 ulasan:

  1. Allahuakbar! Mujur tiada kemalangan jiwa. Umur² macam Dania ni la best nak jalan² dengan kawan², tapi kita yang mak ni, risauuuu.

    BalasPadam
  2. Tengok video dashcam dalam berita pagi tadi. Menonong je ke tepi tu. Sama ada micro sleep atau ada apa2 masalah kat driver tu.

    BalasPadam
  3. semoga mereka tiada yang cedera parah

    BalasPadam
  4. Ada jugak tengok masa viral kat medsos

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah syukur semua selamat tiada kemalangan jiwa.. seriau mcm mana boleh langgar signboard dgn pokok besar tu..

    BalasPadam
  6. tgk juga video bas ni smlm..mmg kita makbapak sure risau bila ank kuar ngan kwn2..apantah lg naik bas kn ..smoga ank2 kita smua dilindungi

    BalasPadam
  7. Tgk dekat video nasib baik bas tu x laju....kalo laju lagi la teruk...

    BalasPadam
  8. syukur semuanya selamat wpun bas tu dh mcm total damage..kat dlm uia pun lengang jer now sbb cuti sem

    BalasPadam
  9. ada jugak tgk video bas tu accident..mujur x laju ..tapi sure abebudak tu terkejut kannn..Allahu

    BalasPadam
  10. Sama kak, saya pun beraaat nak izinkan anak2 saya ikut trip jika naik bus. Seraaam. Sebab driver bus ini banyaaak sangat yg reckless. Saya dah lihat video bua driver ini, macam mengantuk kan. Bisa pula arah bisa dia tiba2 berbelok ke pohon. Sebesar itupun masa tak lihat 🙄🙄

    BalasPadam
  11. Bahayanya dahlah bawak kanak2 tadika.. nasib baik takde kemalangan jiwa

    BalasPadam
  12. Bahayanya dahlah bawak kanak2 tadika.. nasib baik takde kemalangan jiwa

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Barang apa yang dah tiba tu?

Pembelian mengguna e-voucher bernilai RM50 dah tiba. Syampu Himalaya, body mist Cupcake dari Elianto. Ye lah bau dia macam cupcake la.  Body...