Perangai pelanggan yang dikenalpasti setelah Dania kerja Part Time :
1. Pelanggan yang suka menyepah
Masa Dania masuk kerja, ini yang terjadi. Habis kasut tunggang langgang dari rak kasut. Ni bukan sebab gempa bumi ni....ni mungkin disebabkan ada budak-budak main-main kat sini. Ibu ayah sibuk shopping. Takkan juga kerja orang dewasa kan?....
Tapi kan...masa Dania kerja kat F.O.S. memang ada tukang menyepahnya orang dewasa. Habis diangkatnya baju di dalam kotak rak display baju-baju yang ada potongan harga. Kes nak cari saiz baju la tu. Udah Dania kena lipat balik bagi kemas. Ye lah kedai kena nampak kemas. Kalau supervisor nampak pasti juga anak buah dikerahkan untuk mengemas.
Jadi....kalau ambik baju yang dilipat kat rak tu kalau boleh letak elok-elok sebelum ambil. Bila Dania pernah kerja kan di F.O.S. tu bila nak pegang baju kat baju bersusun tu pasti berhati-hati.
2. Pelanggan yang meluah perasaan
Bila jadi promoter ni kadang-kadang ada juga pelanggan yang meluah perasaan. Contohnya ada satu ketika ada seorang makcik ni mengadu kat Dania. Dia perlukan sepasang kasut baru kerana nak menghadiri kenduri perkahwinan. Akhirnya sepasang kasut dibeli kat kaunter Dania jaga. Di sini kaunter ni merujuk kepada jenama.
3. Pelanggan yang peramah
Pertama kali Dania berjumpa dengan seorang pelanggan yang peramah. Tanya Dania course apa? Kerja part time ke?, belajar dekat mana?.....sementara isterinya mencuba kasut-kasut di kaunter Dania. Selalunya pelanggan ni tak banyak cakap. Kalau nak tanya pun sebab nak saiz kasut untuk dicuba.
4. Pelanggan yang mencari peluang kerja
Ada juga pelanggan yang cuba menanya untuk mencari peluang kerja untuk anaknya. Haaa yang ni Dania pernah kena tanya. Ada seorang ibu yang nak mencari kerja untuk anak lelakinya yang kebetulan ada sekali bersama. Jadi Dania pun cakap suruh bertanya kat setiap jenama. Ini juga yang Dania buat masa cari kerja.
5. Pelanggan yang tanya informasi tentang jenama yang lain
Masa bekerja tu kaunter sebelah kita tu tak ada promoter. Mungkin ke bahagian stor tengah menyimpan stok jadi Dania akan mencari promoter yang bertugas untuk assist pelanggan tersebut. Setiap kaunter jenama ada promoter yang khas menjaga jenama tersebut jadi kalau kita ke Parkson atau kat mana-mana mall, jika ada kaunter jenama yang tak ada promoter....kita boleh tanyakan kepada promoter berdekatan tentang keberadaan promoter kaunter jenama tersebut. Mungkin promoter berdekatan boleh alert promoter yang bertugas. Kadang-kadang, memang tak ada promoter pun untuk jenama tersebut. Jika begini, kita la kena layan diri ambil barang yang kita nak tu. Kalau kebetulan nak saiz selain dari display akan menjadi masalah sebab tak ada promoter yang bantu untuk ambil di stor. Unless ada promoter yang tahu tentang keberadaan barang tersebut la. Setiap promoter ditugaskan untuk menjaga satu / dua jenama jadi jenama selain daripada itu mereka memang tak ada kepakaran.
6. Pelanggan yang berniat untuk mencuri
Ini memang promoter kena sentiasa alert sebab ada je kes begini. Pelanggan yang ada niat tak baik kan...memang Dania ada diberitahu tentang menangani dan prosedur pelanggan yang membeli tu. Bagi mengelakkan kes begini la. Contohnya macam kat F.O.S. pelanggan mencuba baju di fitting room...kena ada shop assistant yang bertugas di depan fitting room. Jika tak ada yang bertugas kemungkinan besar kes mencuri ni akan berlaku. Pernah berlaku tapi bukan time Dania kerja la.
7. Pelanggan di saat akhir
Ada juga berlaku di mana mall nak tutup, pelanggan baru nak mencuba kasut. Pernah berlaku di mana Dania dah kira sales dah hari tersebut ada seorang pelanggan dari negara India nak mencuba dan membeli kasut. Akhirnya membeli juga kasut tersebut. Ada juga masa time kerja kat F.O.S dulu kedai dah tutup separuh dah, ada pelanggan yang masuk dan mencuba beberapa pakaian. Menyebabkan pekerja terpaksa balik lambat. Masa tu Dania disuruh untuk balik dulu. Legaaaa....kalau tidak nak kena menunggu pulak situ sampai selesai. Rasanya sales dari pelanggan tu dalam ribuan. Dia memborong baju-baju.
8. Pelanggan dengan masalah bahasa
Pernah ada seorang pelanggan yang menggunakan bahasa ibundanya untuk membeli kasut. Dania macam tak faham la bahasanya sebab kata Dania nak kata bahasa arab pun bukan. Dania kata macam orang dari negara Timur Tengah. Jadinya Dania ingatkan dia tak nak kasut tu...rupanya dia nak beli kasut tu. Disebabkan masalah komunikasi, macam ayam dengan itik la jadinya. Kalau Bahasa Arab saya cakap dengan Dania guna la 'la' untuk tidak dan 'naam' untuk ya tapi kata Dania bunyi macam bukan bahasa arab. 😅. Jadi....bahasa apa pulak ya?.
9. Pelanggan yang mempengaruhi pelanggan yang lain
Kalau ada pelanggan yang datang bersama-sama kawannya yang lain. Jika pelanggan tersebut membeli kasut tersebut, dia akan cuba mempengaruhi kawan-kawannya untuk membeli style dan warna kasut yang sama. Pernah berlaku, 3 sekawan ni beli kasut yang sama. Jadi sales Dania dapat 3 pasang kasut la.
Jadi.....ada 9 perangai pelanggan yang Dania jumpa setakat ini. Kadang memang ada terkena juga dengan kita kan?. Dania kata nasib baik tak jumpa perangai pelanggan yang cerewet. So far ok la setakat ni.
XOXO,
Ezna
saya tak suka dengan pelanggan takda common sense..
BalasPadamBetul tu sis..Sy pernah keje F&B , cashier dkt parkson & contact centre mmg akan jmp mcm2 perangai customer..part yg mencuri tu mmg buat kita rase geram je...
BalasPadamKalau keja yg deal direct dgn customer ...mcm ni la, memang mcm perangai yg kita akan jumpa.
BalasPadam