Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, August 7

Makan time - Hotel Singgahsana ~berbuka puasa~

Hari Sabtu yang lepas kami berbuka puasa kat Hotel Singgahsana. Memang tetiap tahun berbuka ada sekali kami akan berbuka kat Singgahsana. Ada pulak seseorang yang macam dikenali masuk parking saing kami tapi dia park betul betul kat depan. Sah la memang dia ni......

The best part pasal hotel ni sebab konsep warung dan ada Rabbani buat persembahan juga selepas tu ada solat terawih kat hotel. Kami duduk luar dewan so tak le sesak sangat compared dengan kat dalam dewan. Tapi tah pepe budak yang bawak kami tu, dia pusing2 cari tempat kami tak jumpa jumpa. Akhirnya baru le jumpa. Pelagi...bangun ambik makanan ler...

Jumpa seseorang itu kat warung ais kacang. Ni le perbualan kami...

Me : Abang Nas terjah ke kat sini?
Nas Ahmad Melodi : Tak le, saya buka puasa kat sini. 
Me : Tu yang nampak abang Nas parking Grand Livina kat depan tu. 
Nas Ahmad Melodi : Kita saing la yer? 
Me : A'ah.
Nas Ahmad Melodi : Datang buka puasa dengan family ke?
Me : Ya. 
Kalau you alls ada berani beramah mesra tak? 

Sambil makan, ganti2 solat Maghrib dengan hubby. Dalam pukul 8.30pm gerak ke Masjid Kampung Melayu nearby. Lagi terasa kemeriahan kan solat terawih kat masjid.

Tiba kat hotel di greet dengan signboard ni

Makanan kat luar dewan.....sikit je kan?...tunggu tengok kat dalam dewan lagi...

Dania makan nasi lauk sambal ikan dan keropok. Tuuuu kuey tiaw tu i punya ler...

Warung sotong kangkung pun ader....

Meja Nas Ahmad bebetul depan meja goreng pisang ni...

Ni pinggan kedua nasi Dania. Suka beno dengan ikan sambal tu...

Kumpulan Rabbani dengan kanak2. Kalau la arwah ustaz Asri ada tentu dia yang lead dan azan untuk berbuka puasa....

Dewan yang sangat sesak itu...

****Ni kali kedua jumpa Nas Ahmad berbuka puasa kat Hotel Singgahsana...

****Ni lah celebrity kedua yang i jumpa dalam 1 hari. 

2 comments:

  1. i pernah buka puasa sekali je kat sini, rasa dalam 2 tahun lepas.. suke sebab lepas tu ramai2 boleh solat terawikh same2..

    ReplyDelete
  2. besh bukak puasa kat hotel sbb byk pilihan mknn :)

    ReplyDelete