Ahad, Ogos 5

2 celebrity 1 hari

1 - Baju melayu, 2 - Sampin, 3 - Kain baju kurung i, 4 - Baju kurung, 5 - Baju kurung Dania

Semalam tengahari kami ke Wisma Yakin Kl nak beli sepasang baju melayu hubby. Tiba kat Wisma Yakin nampak orang tengah berkerumun. Rupanya ada shooting rancangan raya. Ada budak kecik tu dok nangis nangis Sharifah Shahira dok siapkan pakai sampin. I dengar cam rancangan ketupat apa tah. Ok. kami masuk Omar Ali. Actually arwah papa memang minat Omar Ali ni. Ada cawangan kat Alamanda, SACC Mall dan Taman Tun Dr Ismail. yang lain wopucetau. Hehehe. Dapat la baju hijau apple sedondon dengan me and Dania. Kain bukan yang licin tu. Kain ala ala cotton SB Line. Selesa sikit i rasa compared dengan yang satin. I ambik sua kat hubby terus hubby setuju. Hehehe. Me and hubby memang minat warna agak lembut giteww.....zap zap zap ambik sepasang baju melayu dan sampin. Keduanya harga 1/2 price so RM160++ dapat baju melayu + sampin. Sampin pula ala ala kain kurung i yang ada benang emas. 

Singgah pulak Aked Malindo borong kain pelekat dan telekung untuk surau dari kedai mak kawan i. Dapat la harga best. Hubby i boleh la pilih warna kain pelekat since kami yang beli ye dak. Kain tu pun untuk diberikan kepada AJK Masjid dan peserta tadarus surau. Keduanya hubby ada nama. Masa nak lintas jalan tu, pelik betul i dengan polis trafik tu, lampu hijau untuk pejalan kaki masih menyala warna hijau, dia dah suruh kereta jalan. Kelam kabut kami berlari lari anak melintas jalan dengan beg shopping kat tangan.

Keluar dari KL pukul 2.00 lebih. Tu pun i tengok sesak especially kat Jalan Raja Laut. Yang nak masuk KL pun lagi la sesak. Kalau nak pergi KL bulan puasa ni pergi pagi i rasa lagi selamat kalau nak mengelakkan kesesakan.

Alhamdulilah complete semua keperluan raya. So tak payah sibuk2 kuar shopping lagi. Dok diam diam kat rumah. Tu yang best kalau dah sediakan keperluan raya lebih awal. 

  
You alls sedondon warna apa Raya ini? 



****Ada lagi baju raya i dan Dania. Sekali harung i buat. 2 pasang kawan i bagi, selebihnya kain sedia ada. Terus le i buat. Hehehehe....

****Celebrity seorang lagi tunggu entry selepas ini....:)

 

7 ulasan:

  1. wah.. hijau gitu di hari raya, i tahun ni warna oren and purple :)

    BalasPadam
  2. eh2.. sama la tema kaler kita raya ni.. hehehe

    BalasPadam
  3. cantik combination color2 tu..creative..

    BalasPadam
  4. cantik warn baju, kita tahun ni warna gold, baju melayu, baju kurung kita & balqis dah siap beli, cuma baju jenjalan balqis je tak beli lagi...baru li sikit2 je ari tu, mood nak bershopping tak larat sbb orang ramai...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...