Pergi lagi IOI City Mall. Kali ni nak survey dryer di Harvey Norman.
Belah kiri tu kita memang kemungkinan besar nak beli yang tu. Dah compare harga dengan 3-4 kedai dah. Hubby ke Home Pro lagi. Katanya nak check buat kali terakhir sebelum decide. Akhirnya Home Pro menang bab harga jenama dan jenis yang sama iaitu RM2499. Murah la daripada Harvey Norman yang harganya RM2587 tapi tak masuk penghantaran lagi.
Lepas tu saya dan Dania ke Home Pro pulak. Harvey Norman hujung sini, Home Pro hujung sana. Menapak la kami anak beranak ya.
Banyak la yang dijual di sini. Ni section towel. Macam-macam warna ya.
Electrolux 8KG UltimateCare 500 Heat Pump Dryer ELE-EDH803J5WC
Kedai Elektrik One Living - RM2539
Home Pro - RM2499
Harvey Norman - RM2587
Seng Heng - RM2959
Ok....akhirnya decision dah capai. Beli kat Home Pro harga mulanya ada kos penghantaran iaitu RM2499 + Penghantaran RM19 = RM2518. Masa kali pertama survey Home Pro ada staff situ kata penghantaran free. Jadi hubby fight la kata camtu. Bila staff tu dengar, dia contact boss dia....akhirnya dapatlah voucher RM20 dan tolak la balik kos penghantaran RM19 tu tapi kami untung RM1 sebab voucher kami dapat tu RM20 kan.
Total semua : RM2499 + kos penghantaran (dah masuk bil pada mulanya) RM19 - voucher RM20 = RM2498. Ada 2 tahun interest free guna credit card. Bulan2 RM100 kalau tak silap.
Tunggulah penghantaran Isnin 22 Disember 2025. Insya Allah....
Lepas tu hubby dan Dania beratur pulak kat Rotiboy. Nak beli rotiboy pulak lepas dah beli dryer....
Ehhhh ada kek dolu-dolu la.
Ni haaa kek dia. Blackforest Cake ni memang nostalgia bagi saya. Beli la 1 slice. Dulu2 bila time birthday mama papa saya belikan cake ni untuk sambut hari jadi saya atau adik-adik. Jadinya bila nampak ni teringat la dulu dulu ya. Dulu....tak banyak flavour macam sekarang ni.
Kisah dryer dah jadi kisah beli kek la pulak....😅
Siapa familiar dengan kek blackforest ni?.
XOXO,
Ezna







Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.