Khamis, Disember 25

Breakfast, pusat servis & nostalgia

Pagi cadangnya nak hantar kereta ke pusat servis. Ada nak tukar barang. Beetle kena tukar brake pad belakang dan kereta lama kami nak tukar beberapa barang. Kereta masa Dania kecik lagi masih ada lagi kereta tu. To be exact dari 2006 lagi. Alhamdulilah tahan lagi keretanya cumanya kat Malaysia dah tak bawak masuk dah kereta ni. Dulu Berjaya Group yang bawak masuk. Jadi, kena bawa la 2 kereta sebab nanti kereta lama tu akan ditinggalkan untuk tukar semua yang sepatutnya. 

Pagi ni kena breakfast la dulu. Kami memilih untuk breakfast di Saddam. 


Saya punya roti telur dan hubby pula roti telur bawang. 


Dania teringin nak makan mi goreng sebab sebelum ni Dania nampak orang makan mi goreng. Hehe...kat Saddam ni staff ambik order main ingat je. Nasib baik betul. Servis dia agak lambat sikit berbanding Q Bistro sebab pekerja sini tak seramai Q Bistro.


Hubby tiba awal kat lokasi dan saya pula ikut jalan yang saya tahu. Hehe. Hubby suruh ikut kereta hubby bawak tapi kat satu traffic light saya dah lampu merah. Hubby jalan dulu jadi thank you je la. Ikut jalan yang saya tahu je lah. 😅. Orang lelaki ni tahu banyak jalan. Saya??? kalau jalan tu je saya tahu jangan harap saya nak ikut jalan lain. 

Ni bukan kereta kami ni. Banyak kereta lama servis kat sini. 


Tunggu dalam bilik menunggu ni aircond jadi selesa la. Dania kata kat sudut situ sedap tidur. Boleh pulak bila kejutkan Dania terkejut sebab memang terlena 😆


Nak check dulu....tapi akhirnya memang tukar 2 brake pad belakang. 


Mereka ada alat diagnos. Nak tentukan mana yang rosak. Alat ni wireless. Sambung dengan kereta. 


Uncle ni tengok apa yang rosak. 


Kena tunggu barang sampai 😭. Tuan kedai tak order barang lagi. Selalunya dia akan siap-siap order jadi bila datang terus tukar je. Kali ni kami kena tunggu 2 jam ohhhh...

Tu lah isteri owner tunjuk pokok-pokok yang ditanam. Macam nak mintak je daun kunyit tu. 😅


Pandan dan daun kesum pun ada. 


Bila barang sampai....mereka terus la tukar barangnya. 


Ditawarkan segala biskut. Baik punya layanan ya. Siap nak bancuhkan maggi cup kalau nak. Idak la kan sebab kenyang lagi. Akhirnya dia bancuhkan kopi 3 in 1 untuk saya dan hubby. 


Lepas tu kami ke SS2 pula kat Masjid Aminah. Nak solat zohor dulu. Masjid ni dulu hubby pernah tinggal sebab duduk kat rumah pakcik hubby yang jadi imam kat sini. Seberang SS2 pula Damansara Jaya. Kat situ saya pula yang tinggal. Dipisahkan dengan jalan utama kat tengah tu. Ikutkan hubby jalan kaki je nak ke Atria Damansara Jaya tu. Dulu jalan tengah tu kecik je. Saya pun jalan kaki je nak pergi part time lepas SPM kat McDonald's SS2 tu. Kiranya dulu saya dan hubby tu dekat2 je tapi tak kenal sebab saya pun time hubby lepas SPM....saya baru umur 13 tahun. 

Masa hubby tinggal kat Masjid ni rupanya belah kanan atas. Sekarang ni lepas dah renovate Masjid Aminah ni belah kanan bawah. Dah jadi masjid moden dah. 


Masjid Aminah tersergam megah. 


Kami nak pergi makan lepas tu kat Seksyen 14, Petaling Jaya. Masa saya kecik2 ni bangunan Dutch Lady. Dah kena roboh dah ni. Ada lembu batu kat luar ni pun dah tak ada. Betul2 opposite Masjid Bulat kat Seksyen 14. 

Dutch Lady dah pindah factory dia kat Bandar Enstek dah. Besar factory dia. 


Lepas ni citer lunch kami pulak. 




XOXO,
Ezna







 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Label

Featured Post

Breakfast, pusat servis & nostalgia

Pagi cadangnya nak hantar kereta ke pusat servis. Ada nak tukar barang. Beetle kena tukar brake pad belakang dan kereta lama kami nak tukar ...