Lepas Muar, kita tiba di Kuih Keria Antarabangsa Melaka. Masa tiba dalam jam 5 lebih macam tu.
Panas-panas lagi kuih kerianya. Dania yang teringin sangat tu. Dia siap packing 10 biji satu paper bag tu jadi saya beli dua paper bag terus. Ada 20 biji. Hujan lebat sangat kat luar ni jadi kami habiskan masa di sini dulu minum air panas sambil makan kuih keria.
Perjalanan diteruskan pula untuk makan malam di Negeri Sembilan. Gerobok Salai pilihan kami. Tapi sebelum tu jalan dalam melalui Lubok China, Melaka tu adoyaiiii macam ular jalannya. Waze suruh ikut jalan dalam.
Ulam-ulaman.
Timun ni tak ambik pun.
Kekapis @ Scallop ambik dengan harga RM8/bekas. Saya tanya harga dulu...kalau mahal sangat memang tak ambik sebab jarang kan ada kekapis ni. Bila rare nak la makan tapi harga kena tanyalah dulu. Hehe. Hubby dok cakap Shell ni....Shell apakah? Ohhhh syarikat minyak Shell punya lambang. Eh ye lah.
Bila pilih lauk, dia letak dalam bekas plastik gini.
Pilihan lauk MLCA ayam, MLCA ikan masin nanas, MLCA telur itik, rendang maman, kekapis dan tempoyak. Nasi pula 3 pinggan.
Bila makan MLCA ni adehhh sampai berair hidung. Saya dah la order Teh O panas...bila makan pedas dan minum air panas...huiii naik lagi rasa pedas tu gais....penyelamatnya tempoyak TAPI....tempoyaknya manis....boleh la hilangkan rasa pedas tu....ikutkan tempoyak rasa manis saya tak suka tapi disebabkan pedas saya makan je la. Hmmm tempoyak tak sepatutnya rasa manis sebenarnya....kena rasa pedas sikit dan masam....
Luas juga tempat makannya....
Total semua : RM54++. Ok lah kot...Rendang maman tu mahal sikit RM15/bekas.
Gerobok Salai
Kampung Dato Abdul Samad,
71400 Pedas,
Negeri Sembilan.
Haaa tudia cover 3 negeri dalam satu hari.
1. Breakfast kat Hentian Nilai, Negeri Sembilan.
2. Makan ringan di Restoran Nasuha Herbs & Spices, Muar Johor.
3. Makan tengahari mi bandung di SS Corner, Batu Pahat Johor (border Muar dan Batu Pahat sebenarnya).
4. Makan petang di Kuih Keria Hj Jalil, Limbongan, Melaka.
5. Makan malam di Gerobok Salai, Pedas, Negeri Sembilan.
Seronok juga trip Jalan Jalan Cari Makan macam ni. Tiba rumah 10 lebih malam camtu. Dania keesokannya ada kelas jam 8 pagi 😅
Trip Jalan Jalan Cari Makan sempena wedding anniversary 14 Disember 2025. Alhamdulilah. Habis dah cerita 'Cover Johor, Melaka dan Negeri Sembilan' ni....terima kasih datang baca 💜
XOXO,
Ezna
Wow jarang jumpa scallop. Baru tau nama tempatan dia kekapis. Dulu time belajar marine biology tau nama scallop je.
BalasPadamYa sangat jarang tapi sekali jumpa boleh la merasa. Wow belajar marine biology...memang kena menyelam la ya?. Menarik course tu.
PadamSeronoknya trip jalan-jalan makan-makan ni Kak Ezna...sekali jalan dapat rasa makanan macam-macam....
BalasPadamYa....3 negeri dekat-dekat boleh cover ni Sue....
Padamjarang nampak scallop tu. nanti balik PD boleh la try makan sana pula
BalasPadamYa scallop ni sangat jarang jumpanya...ya nanti boleh try makan kat sini.
PadamBaru tau Gerobok Salai tu buka sampai malam ye...jalan Lubuk Cina tu memang berliku2...tapi sesekali best la ikut jalan kampung...
BalasPadamYa SA....dia buka malam juga. Bila tanya sampai pukul 11 malam kot kalau tak silap.
Padam