Paginya, breakfast dulu kat Tamam Tea & Coffee. Kali ni tak payah beratur. Boleh terus masuk dengan tenang.
Order kami ialah roti sarang burung untuk Dania.
Hubby memilih nasi lemak. Keropok tu saya ambik dah hubby offer suruh ambik. Hehe.
Saya pilih bubur nasi. Sedap la bubur ni. Tekstur bubur ni halus dan mungkin juga dikisar. Ambik juga sedikit telur rebus nasi lemak hubby tu....
Lepas makan terus masuk UPM. Kami menuju ke bangunan Canselori. Meneru 3 beranak ke Pejabat Bursar ni. 😅 Hubby dok gelakkan kami ni la...beramai-ramai serbu pejabat bursar.
Dania 💗 UPM kan?. Lepas tu ambil la surat yang siap tu.
Dalam perjalanan ke kereta....Eh mati ke kucing ni?. Rupanya tidur mati....sejuk-sejuk ni apa lagi tidur la kan Oyen?.
Dah dapat dah surat ni....akhirnya nombor plet UPM xxx jadi milik kami. Jualan no plet UPM ni dari tahun 2020 lagi. UPM menjual no plet UPM 1-9999. Kiranya selama 5 tahun tu tak ada siapa yang beli nombor ni. Actually dua tahun lepas, saya pun ada tengok jugak nombor ni. Tak sangka la tahun 2025 ni memang rezeki kami untuk dapatkan nombor ni.
Hubby kata dah 2 orang masuk UPM jadi belilah no plet ni. Ok je bagi saya sebab yang bayarnya bukan saya. 😏
Insya Allah, first step untuk nombor plet kereta Dania nanti tapi for the time being, akan diletakkan ke motor baru kapcai hubby. Insya Allah nak cari motor murah murah je sebab motor lama tu dah laih bebeno. Hubby pakai masa masuk MRSM Beseri dulu. Bertahun dah motornya. Tak boleh buat kerja berat dah. Sebenarnya motor kapcai ni kalau nak pergi dekat2 la macam surau etc. Kalau ke tempat kerja dah memang ada motor lain la.
Bila dah belikan kereta Dania, nanti nombor UPM tu akan diletakkan ke kereta Dania pula dan motor kapcai tu ambik nombor yang baru. Insya Allah....
Nombor kenderaan kami semua nombor yang sama je tapi nombor tu signifikasinya no plet kereta hubby yang dulu.
XOXO,
Ezna








Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.