Ni pertama kali ke Stadium UPM ni. Setelah breakfast kat Haura Cafe, sempat lagi beli bahan mentah kat pasar.... saya dan hubby datang sini untuk pick up T-Shirt 10000 langkah UPM. Beratur tak lama mana la. Dia bukak ambik T-Shirt kat foyer ni jam 9 pagi.
Balik rumah, bukak je pintu kereta dah tercium bau wangi....rupanya banyak bunga kerak nasi dah keluar bunganya. Hujan-hujan ni meriah pula bunganya.
Dia macam sejambak sejambak keluarnya. Wangi bau dia ni seakan bau pandan.
Bunga kerak nasi ni atau ada yang panggil kesidang ni bunga jenis memanjat ni.
Ha ni Mao ni....tidur atas Beetle je kerjanya....bila tuan dia balik siap menggeliat dulu kemudian bersihkan badan. Itulah nampak tapak kakinya dia cop kat cermin kereta.
Siapa lagi yang tanam bunga kerak nasi @ kesidang?
XOXO,
Ezna

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.