Isnin, Disember 15

Tsutaya Books Malaysia | Pavilion Bukit Jalil

Saya ada beberapa kali la masuk kedai buku Tsutaya kat Pavilion Bukit Jalil ni. Tak pernah jemu masuk lagi sebab cantik sangat deko kedai buku ni.  


Ada cermin juga bahagian atas jadi nampak luas walaupun menggunakan warna gelap pada rak buku. 
 

Susunan barangan yang sangat kemas. 


Ni dekat sudut bacaan buku kanak-kanak. 


Hmmm ala ala penapis ni pun boleh dijadikan deko kat rumah ya. 


Ada sudut untuk coffee jugak dalam ni. Sambil baca buku kita minum kopi. 


Tempat yang disediakan nampak cosy je sambil menikmati secangkir kopi kan. Kalau nak menghadap belakang tu air terjun bertangga pun boleh. 


Close up sikit air terjun bertangga. 


Dania sedang sibuk tengok buku yang dipamerkan tapi tak beli sebab buku yang tak baca masih ada. Tak sempat nak baca katanya sebab tak sempat. Cuti ni pun sibuk menelaah matapelajaran supaya bila masuk kelas boleh bersedia untuk topik yang baru. Dalam menelaah pun sempat gak selit aktiviti ke Pavilion Bukit Jalil ni haa....


Ada bau tomyam? bau durian? Hishhhh sanggup ke letak dalam kereta? 😜 Bau nasi lemak tu pulak kalau hidu pagi2 buat lapar je tak....😋


Tenang betul kalau masuk ke kedai buku ni. Tak pernah jemu....kalau ke Pavilion Bukit Jalil, mesti nak masuk walau tak beli apa-apa. 

Ada sesiapa pernah sampai Tsutaya Books? 





XOXO,
Ezna






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Tsutaya Books Malaysia | Pavilion Bukit Jalil

Saya ada beberapa kali la masuk kedai buku Tsutaya kat Pavilion Bukit Jalil ni. Tak pernah jemu masuk lagi sebab cantik sangat deko kedai bu...