Jumaat, Oktober 24

Bila kena awal ke lab

Bila Dania kena ke lab Fakulti awal sebab nak terbalikkan rumput yang dipotong sebelum ni dalam oven pengering. Ini untuk mengukur nutrien di dalam rumput bagi subjek Animal Nutrition. Kerja ni ikut group dan akan ada orang yang akan terbalikkan rumput ni supaya kering sekata. 

Ummi apa lagi siap-siap masak yang paling simple iaitu nasi goreng. Ummi boh telur dan sotong. Makan la nanti dengan daun salad. Dania as usual akan tolong ummi masak. Dulu pun ummi bermula dengan menolong nenek Dania masak. Dari situ la terror nak siang ikan, sotong dan sewaktu dengannya. Dania pula kena makan la sebelum ke lab sebab nanti nak berpenat lelah menanam rumput pulak.

Lepas ke lab, petang ada aktiviti di ladang. Sementara menunggu nak ke ladang, Dania rehat kat surau dulu. Dengar cerita Dania kata kena tanam rumput Napier untuk makanan kepada haiwan. Subjek ni pula Pasture Science. 

Ya gambar bawah ni nasi goreng. 


Siap-siap dah baju coverall dan boots. Yang penting dah lunch. 


Inilah mesin pengeringnya. Rumput dah dimasukkan ke dalam kertas, tugas Dania cuma terbalikkan rumput ni. 


Seronok pula Dania cerita semester ni banyak lab dan amali di ladang ternakan. Dah macam saintis juga selalu masuk lab dan pada masa yang sama kena berinteraksi dengan haiwan juga belajar pasal reproduksi, genetik, tingkahlaku dan pemakanan haiwan. 

Moga mereka semua dapat menjadi seorang pakar haiwan yang dapat memberi manfaat kepada keterjaminan makanan negara. 

Moga berjaya anakku!. 





XOXO,
Ezna

 

5 ulasan:

  1. Seronok tgk belajar amali mcm ni =D

    BalasPadam
  2. Kita yg baca pun seronok sebab dapat tahu banyak benda.. kalau yg belajar tu lagi la seronok...

    BalasPadam
  3. Best banyak amali jadi masa exam boleh bayangkan proses tu macamana. Gambar yang pertama tu ialah nasi goreng ke sis Ezna?

    BalasPadam
  4. memang seronok kan bila banyak kelas-kelas amali dari duk dalam dewan kuliah, all the best buat Dania

    BalasPadam
  5. Mudah-mudahan negara kita dapat mengeluarkan sendiri bekalan hasil ternakan untuk keperluan rakyat.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Journey Dania dengan haiwan

Dari kecik lagi Dania dah up close and personal dengan haiwan. Masa ni umur Dania 2 tahun 9 bulan di Caversham Wildlife Park, Perth. Boleh n...