Isnin, Oktober 6

Perkhidmatan Pergigian | Pusat Kesihatan Universiti Putra Malaysia

Saya ada buat appointment gigi untuk menampal gigi kat Pusat Kesihatan UPM ni. Tibalah tarikh appointment. Patut kena tiba 10 minit sebelum tapi saya tiba on the dot 2.45 petang. Kena isi borang dulu dan daftar. 


Duduk kejap depan bilik Dr. Munirah ni terus kena panggil. Depan saya tak ada orang pun. Dr. Munirah handle dengan lemah lembut. Cakap dengan saya sikit je lagi....Puan. Haaa dah selesai.....hehe terasa macam saya kanak-kanak riang pulak dengan suara yang lemah lembut tu. 😆. Mungkin nampak saya macam takut-takut la. Dah ada gigi berlubang cepat2 la kambus...kang lubang dia ke dalam lagi mau sakit nyut nyut pulak. 

Fuhhh selesai bab kambus lubang. Hehe. Tak besar pun tapi takutnya lagi besar...


Dania tunggu kat ruang yang luas ni. Orang tak ramai sebab student Degree masih bercuti semester. Kalau ada student degree katanya sibuk juga kat sini. Dengan nak scalling la dan macam-macam lagilah. 


Bila dah selesai, ajak la Dania nak ke E-Mart dalam UPM ni. Duduk2 minum....on the way....tudiaaa hujan turun dengan lebatnya. Cari2 payung dalam kereta tak ada. Penyudahnya....balik rumah. Hujan lebat sampai susah nak nampak jalan tu. 

 

Saya juga ada booked appointment kat Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan Putrajaya nanti. Ni first time saya set kat MySejahtera. Niat di hati nak scalling gigi. Kita tengok macam mana nanti. You alls pernah set appointment ke kat Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan ni?. Katanya kalau scalling gigi kat sini berapa ringgit je kena kan.....




XOXO,
Ezna 

1 ulasan:

  1. Tak pernah ke klinik kerajaan sbb takut dia 2x ganda bdari klinik swasta...Sy scalling, tampal & cabut dekat klinik kwn cosplay =D

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Comfort food bagi saya....

Ada sekali tu sebab dah tak nak makan nasi dan lauk ni jadi kebetulan ada stok bihun....kita buat bihun.  Simple je bihunnya letak ayam dan ...