Khamis, Oktober 30

Penskaleran gigi di Klinik Kesihatan

Saya telah membuat temujanji di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18. Berdekatan dengan sekolah Dania dulu kat SMK Putrajaya Presint 18 (1). Alahhh masuk 2 minggu je kot...😅


Apa yang perlu dibuat jika tiba di Klinik Pergigian ni?

1. Click check in kat dalam MySejahtera kemudian scan QR Code di Klinik Kesihatan.
2. Isi borang kemudian buat pembayaran sebanyak RM1. Kita juga akan diberikan nombor. 
3. Nombor akan dipanggil untuk mengambil tekanan darah. Tekanan darah saya tinggi sebab saya berjalan 750 meter ke Klinik Kesihatan ni. Parking jauh beb sebab parking dah penuh. Tiba Klinik dengan mengah sikit la. 😅. No choice la kan....
4. Lepas tu tunggu pula nombor kita dipanggil ke bilik rawatan. 
5. Selesai rawatan, berikan kad yang diberikan oleh Dr untuk membuat bayaran di kaunter. 
6. Selesai buat bayaran memang selesai la.

***Bayaran hanya menggunakan kad ya. Tak ada bayaran tunai. 

Dr yang merawat saya tu muda lagi haaaa namanya Dr. Wong. Saya ingatkan assistant nama Aiman yang Dr. Hehehe....Bila dah baring kat kerusi tu, Dr. Wong check la gigi saya. Saya nak buat penskaleran (scaling). Kita akan disuruh berkumur dan diberikan cermin mata. Dr. Wong pun buat la kerjanya scaling gigi saya. Adeh nyilu jugak la tapi saya tahan je. Last scaling bulan June 2024. Ni dah bulan Oktober 2025. Paling cun buat scaling ni 6 bulan sekali ya. Lepas selesai tu berkumur dan berikan balik cermin mata tu. 

Bayarannya??? Penskaleran kat Klinik Pergigian di Klinik Kesihatan ni cuma RM2. Untungnya la. Kerajaan tanggung la kot kan selebihnya. 

Total semua yang saya bayar cuma RM3. 😊. Total masa dari saya tiba sehingga selesai rawatan ni tak sampai 1 jam. Mungkin sebab orang pun tak ramai kat sini. 


Ni lah laluan balik saya ya....kena hadap lagi 750 meter. Total semua 1.5km tudiaaaa....


Saya parking berdekatan dengan Pusat Futsal ni. Hairan juga kenapa kedai makan kat sini boleh tutup. Kalau pergi ada je orang. 


Bagaimana nak buat temujanji di MySejahtera?. 

1. Buka MYSejahtera
2. Click Appointments
3. Book an appointment for ~nama kita~
4. Scroll sehingga bahagian bawah 'Dental Check up'
5. Dia akan showing result results based on your current location
6. Pilih Klinik Pergigian Di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan anda
7. Next available slots akan terpampang, kemudian click la masa yang sesuai. 

Ok dah....sehari sebelum akan ada prompt dari MySejahtera untuk mengingatkan appointment yang telah dibooking. TAPI......nak dapatkan slot ni bukan mudah juga....memanjang je slot penuh. Bila dah murah macam ni orang pulak ramai la nak menggunakan perkhidmatan kat Klinik sini kan?. Apa pun saya bersyukur sebab saya cuma keluarkan RM3 untuk mendapatkan perkhidmatan penskaleran. Kena sebut ni juga sebab saya first time tahu perkataan ni bermaksud scaling. 

Anda dah buat dental check up?




XOXO,
Ezna










 

3 ulasan:

  1. Saya pernah juga tampalan gigi kat KK jugak Kak Ezna..masa tu dapat slot booking guna MySejahtera...
    Nak repeat lagi tapi time yang available tak kena dengan waktu kerja..last sampai sekarang tak pergi-pergi lagi😅

    BalasPadam
  2. Wahhhh..Berbaloi sungguh ni sis..=D

    BalasPadam
  3. Kalau buat kat klinik gigi swasta tentu mahal ya amat

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Hantar Dania ke kelas dan breakfast

Ok Dania, belajar elok-elok. Tiba awal jugak ni.  Lepas tu ummi dan ayah  nak breakfast dalam UPM je la. Kena lalu kawasan perkuburan Cina n...