Lee Chae Min sebagai King Lee Heon
Im Yoon-Ah sebagai Chief Royal Cook Yeon Ji-yeong
Yoon Seo-ah sebagai Seo Gil-geum
Choi Gwi-hwa sebagai Prince Je Seon
Seorang chef telah masuk ke zaman Dinasti Joseon pada waktu gerhana bulan. Akhirnya beliau dilantik sebagai tukang masak di istana untuk Raja. Mulanya memang banyak rintangan termasuk dari barisan menteri dan perempuan simpanan Diraja.
Apa yang menarik perhatian saya ialah masakan yang dipersembahkan tu sangat cantik plating dia. Kebanyakkan masakan yang dimasak ialah masakan dari negara Perancis. Ada juga masakan Dinasti Joseon yang diolah kepada nafas baru jadi bila diolah kepada nafas baru dah tentu la Raja pun baru rasa je masakan tersebut. Saya suka plating yang diletak bunga-bunga cantik betul jadinya. Raja pula jenis yang ada citarasa yang tinggi tentang masakan.
Kalau tengok citer ni expect typical citer Korea yang ada elemen percintaan, jatuh kemudian yang lelaki sambut. Ada juga pelakon yang saya kenal dalam movie ni seperti nenek kepada Raja tu pernah berlakon sebagai 'Mago' dalam Hotel Del Luna. Tukang masak nama Uhm Bong-shik pernah jadi tukang masak dalam Hwarang. Im-Yoon-ah pula duta untuk produk Sulwhasoo.
Saya bagi 4.5 / 5 la rating dia. Hero dan heroin sama cantik sama padan. Cerita ni berkisar zaman raja dulu-dulu.
XOXO,
Ezna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.