Rabu, Oktober 29

Makan dan terserempak dengan......

Masa weekend baru ni nak menghabiskan SARA dan nak beli macam-macam kan jadi ke Alamanda dulu lunch di food court. 

Walaupun belakang kami ni penyanyi unplugged, tak rasa terganggu pun sebab suara dia ok dan sedap. Bukan macam makcik yang karok tu. Bagai langit dengan bumi. Dalam paper bag tu ada karipap. 


Dania mi dumpling dari mi tarik dan saya cuma nak makan dumpling je. Ada 10 biji, saya makan 8 biji dan 2 lagi hubby makan. 


Hubby order roti john. Offer saya tapi tak teringin nak makan....


Dania takut saya lapar jadi offer mi tariknya. Banyak ni je saya lalu nak makan. 


Lepas tu ke AEON Big. Senang 2 in 1. Tempat makan dan nak cari barang-barang. 


Dania mencari biskut Biscoff. 


Saya ada bagi laluan seorang lelaki dan familinya lalu sekali....eh eh isterinya saya kenal sangat-sangat la. Cikgu Wan Amiza, guru kaunseling kat SMK Jalan Empat la. Dania kata Cikgu Amizatul. Hello Dania....kalau Amizatul tu lecturer Pertanian Dania nama Amizatul Najeha. Amiza tu dah betul dah. Hehe. 


Manis cikgu kaunselingnya pun. Ada lesung pipit. Tak sangka boleh jumpa kat sini setelah Dania keluar sekolah tahun 2022 lepas SPM. Kiranya guru Pembimbing Rakan Sebaya juga masa Dania jadi PRS F2-F3. 😀


Ada boleh guna SARA ada tak boleh guna. Habis dah Dania punya kemudian ummi top up ummi punya pulak....Balance lagi RM20++. Plan nak beli beras nanti. 


Kalau tangguh-tangguh karang terlupa dah tak boleh redeem dah. Alhamdulilah....selesai la satu bab. You alls semua yang berumur 18 tahun ke atas dah tebus ke?. 




XOXO,
Ezna
 

9 ulasan:

  1. saya suka roti john.. tapi la ni dah macam-macam versi roti john..sampai tak tahu mana yang aslinya ahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Roti John yang ni sedap je tapi disebabkan tak lalu nak makan jadi tak merasa roti john yang ni. Kalau ada selera memang makan je.

      Padam
  2. Saya pun ada berbaki RM29+ lagi. Suami punya ada RM30+ lagi. Kena habiskan sebelum hujung tahun ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Carneyz. Kena ingat la kan...kalau tak guna sampai ke sudah rugi pulak kan....

      Padam
  3. SA dah lama settle dah...membantu sebab SA beli barang groceries untuk sebulan..lama gak nak habis...tunggu yang bulan 2 nanti plak..hehehe...Dania ni tinggi betul ye Ezna...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Memang membantu pembelian groceries terutamanya beras, minyak etc....Dania mungkin tinggi ikut genetik ayah dia...

      Padam
  4. Alhamdulillah SARA kita pun dah habis guna takut juga terlupa kan.. ada sekali tu tgk tak ramai org terus amik brg2 SARA..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa mula2 tu memang ramai yang guna. Sampai sistem pun jam kan....alhamdulilah....dah guna dah....Saya nak guna untuk beli beras nanti....

      Padam
  5. Wahhh...Masih ada lagi ye sis..Sy dah selesai lama dah =D

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Makan malam di Q Bistro

Kebetulan ada baju yang nak dikeringkan jadi hantar baju ke dobi layan diri dulu. Lepas tu baru ke Q Bistro.  Q Bistro Putrajaya ni bila je ...