Khamis, Oktober 9

Selebriti, makan-makan & shopping

Saje jalan-jalan ke IOI City Mall dengan Dania. Masuk Typo dulu dan ehhh ternampak Elfira Loy la. Kecik orangnya. Of course la saya minta ambil gambar dengan Dania. Depan Elfira ada anak lelaki kecilnya. Elfira paras telinga Dania rasanya....


Nampak tote bag Snoopy tu?. Beli kat Typo ni la harganya RM15. Comel sangat so saya beli. 


Haaa ni la tote bag snoopy yang pakai baju sejuk merah. 


Kalendar Typo dah keluar jadi Dania pilih yang ini. 


Ada gift voucher jugak dalam ni. Tema dia haiwan ya. 


Kami makan di Boat Noodle. Order mi....


Springy Noodle ni Dania punya. 


Saya pilih rice noodle. 


Minuman pula teh ais Thai. Ais je banyak....airnya sikit je. Taktik sekarang kan....


Inilah bowl yang kecik dengan hidangan mi. Kami order 2 bowl setiap seorang. Porsi dia sikit je. Bowl pun kecik je. 


Jalan-jalan ke Miniso ada jual hanging neck fan. Harganya RM45.90 rasanya tu. 


Ada juga masuk kedai Bayu Somerset. Lepas tu jalan la dari situ....kemudian tersinggah Madam Croffle. Pilih croffle original je takde toppings. 


Dania pilih cookies dari All about Chew.


Fillings dia buah beri tak ingat strawberry atau raspberry. 


Singgah pula Lotus nak cari kek ni. 


Butter cake ni ada halal ya. Boleh check bahagian belakang cake ni. Beli 2 untuk jiran dan 1 untuk kami. 


Ni kawasan tepi rumah jiran yang ambik inspirasi dari taman di Eropah. Belum sepenuhnya lagi letak bunga ni. Nak tanya pasal UPM sebab Harraz nanti dapat masuk UPM. Banyak soalan Dania kena jawab. Kemudian cerita pasal tour mereka ke negara Eropah. Tengok2 dah jam 6 lebih jadi terpaksa mengundurkan diri. Pass la butter cake dan alat tulis buat Harraz mulakan pengajian di UPM. Tak reti saya nak pilih pencil case jenis macam mana akhirnya pilih warna hitam selain corrector, pembaris, pen, stapler dan highlighter. Kalau untuk perempuan senang la gantung2, warna pink...hehe....


Ada la beli sikit2 untuk diri sendiri dan jiran. 




XOXO,
Ezna

 

3 ulasan:

  1. Comelnya Elfira. Sy cukup minat dengan EL ni. Dah kahwin pun maintain comel ek.

    BalasPadam
  2. petite betul elfia tu yer...errr sedapnya butter cake tu ezz!

    BalasPadam
  3. Pernah makan sekali Mee Soup kat Boat Noodle sekali, tapi tak kena dengan tekak pulak...tapi Kaya bun n teh ais dia sedappp....
    Berkenan dengan beg kain Dania tu...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Weekend getaway di Genting Highland

Saya ada cerita sikit kata kami nak pergi bercuti kan....kali ni saje la pilih ke Genting Highland. Kali ni bawa Beetle naik atas. Boot pula...