Selalu juga saya tengok website Typo ni sebab kadang-kadang dia ada buat promo yang sangat menarik. Brand Typo ni dari Australia.
Bila tengok ada promo harga RM15 untuk pencil case ni....terus check out untuk 5 pencil case ni. Niatnya nak bagi kawan sebilik Dania masa asasi. Kawan-kawan ni yang Dania baik kat UPM pun. Ada juga pencil case yang berharga RM20, RM30 dan ke atas. Semua ni saya pilih harga RM15. Biar adil la semua dapat harga yang sama. Harga asal RM30.
***Gambar semua di bawah Credit : Typo
Warna ungu dengan motif bunga orkid, daun dan strawberry.
Warna kuning lembut dan corak heart.
Sweet warna mint dan pink ni.
Ni memang warna yang sangat feminin la. Pink....
Ini pula corak buah delima dan latar belakang warna pink.
Ini pula pencil case baru Dania beli kat Typo Genting Highland Premium Outlet. Ada 3 compartment dan ketiganya boleh letak pen dan alat tulis yang lain. Masing-masing dapat yang baru meraikan semester baru 2025/2026. 😊
Nanti buka semester nanti Dania bagi la kat kawan-kawan. Saje la nak bagi gift kat mereka ni. Moga persahabatan mereka berkekalan sampai mereka kerja.
Sehari lepas saya buat pembelian online, check balik kat website Typo ni harga pencil case dah naik jadi RM30/pencil case. Ada tertulis kat harga RM15 tu limited time only masa saya beli sehari sebelum. Berbaloi la harga yang saya dapat ni 😀. Item ni pula saya buat pick up di IOI City Mall.
Siapa lagi yang suka brand Typo?. Dania dia ada membership. Bila beli certain pembelian kemudian akan dapat reward RM15 off.
Ezna
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.