Jumaat, Oktober 17

Jeruk Madu Pak Ali dan makan di Alamanda

Lepas balik dari AEON Nilai, kami menuju ke Cyberjaya. Nak singgah rumah adik sebab ada kirim jeruk masa dia outstation. Disebabkan dia pun ada masuk border Thailand, dapatlah juga paste tomyam. Paste yang dalam botol tu kebetulan saya pun dah habis stok kat rumah. Paste tomyam tu takde dalam gambar pulak. 

Saya beli jeruk buah salak dan jeruk mangga warna kuning. 


Lepas tu balik rumah la....lepas Asar keluar balik. Kami dinner awal sikit kat food court Alamanda. Pilihan saya tentulah YTF dengan kuah tomyam. Air pula ice lemon tea. 


Dania pula mi tarik dumpling dengan ice lemon tea. 


Hubby kata tak tau nak makan apa jadi mi tarik kambing. Mintak sikit hubby punya cendawan shitake tu. 


Ramai juga yang makan kat food court ni. Banyak pilihan. 


Tengok la adik outstation ke mana....kalau dia offer saya pun kirim la....😅. Selalunya ada je terselit benda yang tak kirim. Terima kasih la ya adik.....

Adik yang ni dulu dapat belajar kat UK ambil Masters kat Cardiff University tajaan JPA sebab pekerja kerajaan kan....lepas tu ada la memborong Portmeirion kat sana. Bila tanya nak kirim memang saya ada kirim sikit tapi buah tangannya tu tambahan barangan Portmeirion juga ya...pinggan lagi, mangkuk pun ada juga dulang Portmeirion. Periuk Tefal, pan Tefal pun dapat. Bila tanya Kekna nak ke?. Ema bagi je....hehe sape tak nak kalau bagi je?. 😅. Pergi bercuti cover Europe tu dapat la cenderahati setiap negara...rezeki Alhamdulilah. Gitulah adik beradik ya...tapi adik saya Eja pun pemurah juga....Alhamdulilah 💜💜💜




XOXO,
Ezna

 

9 ulasan:

  1. suka jeruk salak ..kt opis kalo ada yg outstation penang depa belikan juga jeruk pak ali ni

    BalasPadam
  2. Orang memberi, kita merasa...
    Sy pun suka guna paste tomyam dlm botol dari Thailand. Compared to kiub tomyam, guna paste tu lagi menjadi tomyamnya.

    BalasPadam
  3. Lama dah tak masuk Alamanda...kena g la nanti

    BalasPadam
  4. Macam nampak sedap semua makanannya tu, Ezna. Kecur tengok jeruk awak.

    BalasPadam
  5. sy cuma mampu order jeruk madu pak ali via Shopee aje.

    BalasPadam
  6. nampak sedap mee tarik kambing & jeruk pak ali tu.....best ada adik yg ingat kakaknya 💖

    BalasPadam
  7. best bila dpt adik beradik yg suka bagi hadiah mcm2 tu...tanda ingatan kasih sayang antara adik beradik!

    BalasPadam
  8. Fav saya jeruk jeruk nih Kak Ezna...
    Ni pun nasib baiklah jeruk yang saya order sampai kelmarin...takdelah saya ngences tengok haha...

    BalasPadam
  9. Cie suka jugak jeruk salak. Bulan lepas anak buah ke sana dia beli macam2 jenis jeruk. Salak takde pulak.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Lunch di BGM Burgerman dan desserts

Masa Dania dah tak kerja Part Time tu kami ada makan kat BGM Burgerman kat Bangi Getaway.  Kalau tengok warna Restoran BGM ni sebijik warna ...